Wednesday, 8 May 2019

fb l

🌹Sepucuk Bingkisan buat Rasul illah,
“Mata belati adalah Hidup ku untuk disaat ini, Membelah menikam ke serata arah didalam hati yang telah pun lama pasrah berserah.
2019 pedang takdir mu membelah akal fikir ini, Tengah januari sehingga ke malam ini, pasrah ku meraba Sakti, betungkus lumus cuba ku rengkuh. Akhirnya rebah jua tembok keakuan didalam dada.
‘Didalam kepala yang bergejolak,
Cahaya mu tetap ada, Bertfakur dilembah diam, serahkan hati membibit bicara. Menembus peka, harungi kelam, keikhlasan ini tidak termampu jua dihadam mereka.
‘Cinta yang ku beri sepenuh hati, apa yang ku terima?, Aku tak lagi mahu perduli.. Sepi ini semakin membawa erti, Sepi ini mengajar ku untuk kembali ke dalam yang Azali.
“Pedih luka, sensara melara,
di fitnah, di celaka, disingkir,
dan ditertawa, dan juga kembali
di kasih dan di puja semula.
Semua proses itu telah pun ku lalui,
Lalu kesudahannya apa?
Di akhirnya , ‘Aku.. akulah jua...’
‘Rasa dan masa’, ‘keinginan dan daya upaya’, punca segala derita...,
Di awal asmara segalanya indah,
di awal berbahasa, nescaya jua indah, itulah skripnya, sebegitulah jalannya.
Demi hati yang pernah parah dan demi akal yang pernah berdarah.
Maka merasa bertuahlah dan bersyukurlah, Hari ini masih ada rasa, hari ini masih ada cinta...
Malam tidak lagi merasa panjang, kekasih telah kembali di Kalbu.
Saat ini ku padamkan sumbu hidup, masuklah kedalam diam ku
masuklah kedalam kelambu rindu ku, cumbuilah kesepeian ku.
Selagi masih utuh kasih ku,
Selagi hati tetap memerhati Mu,
ku yakin Kamu tak akan berpaling terhadap tegur lesu rindu ku..,
Saat ini, telah mati segala rintih pilu ku, aku telah keluar dari kulit ku!, maka terserahlah apa kata mu..,
‘Aku telah lebur larut lalu menyatu’,
“Bilah Piano itu adalah aku, nada itu adalah Aku, irama itu adalah aku, sejujur Engkau yang maha menyeliputi, Lebur ujudku, leburlah jua cintaku, maka alirkanlah kasih sayang Mu., Aku yang telah terpanah, lesu tanpa daya, cuba pejamkan mata untuk seketika. Meninggalkan segala isi Diunia,
Semuga nanti kita kembali bersua di sebelah sana, di bahagian sebelah Bulan yang gelap gelita.. ❤️

No comments:

Post a Comment