KEPADA UMAT MUHAMMAD.
Nabi Muhammad itu tidak boleh menjalankan tugas kerasulannya kepada umat sekarang ini walaupun umat sekarang ini mengakui Muhammad itu rasul mereka oleh kerana Muhammad itu telah diwafatkan tuhan dan dinaikkan tuhan kelangit. Lebih-lebih lagi Muhammad itu bukan diantara mereka atau dikalangan mereka dan bukan dari kaum mereka dan bukan pula bertutur dalam bahasa mereka. Bagaimana mungkin Muhammad itu hendak menjadi rasul mereka.
Bagaimanakah mereka yang mengaku umat Muhammad yang ada sekarang ini hendak mengikutinya? Atau menjadikan Muhammad itu sebagai rasul mereka? Sedangkan Muhammad itu telah meninggalkan mereka seribu tahun lebih lamanya.
Setiap rasul-rasul Allah itu hanya menjalankan tugas kerasulannya terhadap kaumnya ketika mereka masih hidup dan boleh bersuara. Apabila mereka telah wafat, mereka tidak lagi menjadi rasul-rasul Allah kepada kaumya masing-masing.
Apabila rasul-rasul Allah itu telah selesai menjalankan tugas kerasulannya terhadap kaumnya maka mereka diwafatkan tuhan dan diangkat kelangit.
Tugas saorang rasul itu adalah membacakan ayat-ayat tuhan kepada kaumnya masing-masing serta menjelaskan dengan terang ayat-ayat tuhan itu kepada kaumnya didalam bahasa kaumya sendiri serta mengeluarkan kaumnya daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan dan mensucikan mereka serta mengajarkan kepada mereka Al kitab dan Al hikmah. RasulNya itu juga memohonkan keampunan kepada tuhan diatas dosa-dosa kaumnya serta memimpin kaumnya kejalan tuhan yang lurus. RasulNya itu juga mencegah kaumnya mengikuti agama nenek moyang mereka dan mencegah kaumnya menyembah selain Allah atau menyembah berhala-berhala atau menyegutukan tuhan dengan sesuatu. RasulNya itu juga melarang kaumnya membuat dusta kepada tuhan dan ayat-ayatNya.
RasulNya itu juga memimpin kaumnya kesyurga.
Adalah mustahil seorang rasul yang telah wafat boleh lagi menjalankan tugas kerasulannya.
('Ibrāhīm):4 - Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
PERSOALANNYA;
Bagaimanakah kedudukan kaum Melayu dan mereka-mereka yang mengaku Umat Muhammad yabg ada didunia sekarang ini disisi tuhan??
Adakah mereka terdiri drp org2 yg benar disisi tuhan?? Adakah mereka terdiri drp org2 yg beragama islam yg sebenar disisi tuhan itu??
Adakah mereka terdiri daripada orang-orang yang beriman kepada tuhan? iaitu org yg mendapat cahaya Allah.(Al Quran).
Adakah diri mereka berada diatas jalan tuhan yang lurus??
(Al-'An`ām):116 - Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
Disebabkan bangsa Melayu itu rasulnya adalah berbangsa Arab, oleh kerana itulah mereka lebih memuliakan bahasa Arab dan bangsa Arab daripada bahasa dan bangsanya sendiri.
Sehinggakan mereka menganggap bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan dalam syurga dan juga bahasa resmi agama islam.
Mereka menganggap bahasa Arab itu lebih afdal digunakan dalam beragama.
Mereka telah mensifatkan tuhan itu tidak adil kepada hamba-hambaNya.
Dimanakah maruah dan kemuliaan bangsa Melayu jika mereka lebih memuliakan bahasa dan bangsa Arab??
Disisi tuhan semua manusia itu adalah sama, hanya yang lebih adalah taqwa seseorang kepada tuhan.
No comments:
Post a Comment