Sunday, 12 May 2019

fb k


Corleone Chong shared a post to the group: Kiub Batu Itu Berhala.
1 hr
Aku dah kena block lagi... Tolong copy paste komen ni kat post ni 😂😂😂
Kenapa x buat perbandingan dgn agama Zoroastrian sekali?
Malaikat Sarosh membawa Arta Viraf ke syurga utk berjumpa dgn tuhan Ahura Mazda. Setibanya di syurga, ternyata penghuninya hidup aman damai.
Lalu tuhan Ahura Mazda perintahkan dia supaya bawa berita gembira ini ke bumi dan turunlah wahyu solat 5 kali utk para penganut Zoroastrian.
Zarathustra sentiasa bertasbih mengingati kebesaran tuhan Ahura Mazda 😇😇😇
Ahmad Iqram Mohamad Noor
2 hrs
Jika Tuhan Berimej, Bangsa Apa Imejnya?
Pada posting yang lepas terdapat banyak respon dari sahabat bukan Islam tentang kepelbagaian imej Jesus yang telah saya paparkan. Tujuan saya adalah untuk menjernihkan persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat muslim yang pernah bermimpi bertemu Jesus lalu terdetik dalam hatinya untuk masuk Kristian.
Disini saya ingin membincangkan logik tentang kepercayaan yang menjisimkan tuhan dengan makhluk khususnya imej manusia.
Apabila manusia beragama ingin cuba memahami Tuhan mereka yang asalnya (hakikatnya) tidak memiliki imej dan jisim itu, tetapi mereka melanggar disiplin itu lalu mengimejkan tuhan mereka dengan imaginasi dan khayalan mereka. Mereka beralasan dengan mengimejkan Tuhan itu adalah untuk memperkuatkan iman mereka supaya lebih khusyuk dalam beribadat.
Lalu mereka mula membuat ukiran dan lukisan bagi mewakili wajah tuhan mereka. Sedangkan perbuatan itu sendiri bercanggah dengan akal dan logik. Ada beberapa persoalan yang harus dijawab sekiranya mereka beriman tuhan itu berimej.
Pertama, sekiranya Tuhan itu memiliki imej, jisim, dan rupa bentuk yang boleh dibayangkan maka cuba buktikan kewujudan imej tuhan itu sekarang. Rakam bukti samada dengan video atau minta untuk ia menjelma di depan manusia sekiranya ia berjisim. Sekiranya di rumah ibadat memiliki lakaran wajah tuhan, harus di mana sumbernya dan bukti diambil sekiranya ia tidak pernah menjelma di hadapan manusia? Ini menunjukkan bahawa tuhan itu tidak pernah ‘menjelma’ ke di hadapan khalayak manusia.
Kedua, di dunia ini terdapat pelbagai jenis tuhan ‘berwajah’ yang dipercayai oleh sebahagian manusia. Ada agama dari Jepun, India, Timur Tengah, di Barat dan pelusuk lain. Persoalannya, kenapa harus tuhan itu memiliki wajah yang berlainan dan tidak serupa diantara sesebuah agama dengan agama lain sekiranya mereka percaya bahawa tuhan itu wujud dalam bentuk imej? Mengapa wajah tuhan itu tidak dapat diselaraskan diantara agama dan benua lain?
Ketiga, jika dilihat di dalam sesebuah agama yang sama tetapi berlainan ras penganutnya, dapat dilihat lukisan tuhan itu memiliki wajah yang berlainan sedangkan watak tuhan yang sama seperti Jesus itu hanyalah satu. Sebagai contoh di barat, Jesus diwajahkan sebagai seorang yang berkulit putih seperti seorang eropah manakala di Afrika pula Jesus diwajahkan sebagai seorang berkulit gelap dan begitu juga di China, Jesus diwajahkan sebagai orang Cina.
Sedangkan tuhan itu tidak seharusnya memiliki karakter yang memihak puak dan bangsa. Mana mungkin tuhan yang menciptakan manusia kepada pelbagai kaum dan ras, tiba-tiba berupa dengan wajah ras seperti orang Afrika, India atau Eropah. Tuhan itu hendaklah bersih daripada ras dan bangsa malah yang utama Tuhan itu tidak patut memiliki rupa dan imej.
Secara fitrah dan akal yang sihat manusia akan memahami bahawa Tuhan itu sememangnya tidak boleh berimej, berjisim dan tidak menyerupai sesuatu لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ. Malah perkara ini juga sudah sedia maklum di dalam teks agama-agama dunia juga menceritakan tentang tidak boleh mewajahkan dan memberhalakan tuhan. Mesej ini juga disampaikan oleh semua rasul yang diutuskan Tuhan kepada manusia bermula dari awal manusia sehinggalah nabi Muhammad SAW. Antara teks yang mengatakan melarang mengukir berhala dan mengimejkan Tuhan yang terdapat dalam kitab agama:
Teks Kristian & Yahudi:
1) “Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di langit, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHANMU, adalah Tuhan yang cemburu, (Keluaran 20: 4-5)
2) "Janganlah kamu membuat berhala bagimu, dan patung atau tugu berhala janganlah kamu dirikan bagimu; juga batu berukir janganlah kamu tempatkan di negerimu untuk sujud menyembah kepadanya, sebab Akulah TUHANMU. (Imamat 26: 1)
Teks Hindu:
1) “na tasya pratima asti
“Tak ada rupa buat Tuhan.” (Yajurveda 32:3)
2) “shudhama poapvidham”
“Tuhan tak bertubuh dan suci.” (Yajurveda 40:8)
“Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste”
Tuhan tertinggi dalam Hindu adalah Brahman yang tidak berimej.
Teks Buddha:
Pada zaman Buddha (zaman Vedik) patung dan berhala belum lagi diukir kerana perkara itu berlaku selepas daripada zaman Bactrian Buddhism di India. Terdapat satu teks di dalam kitab Sutta Pitaka mengenai mesej Buddha seakan menceritakan suatu kuasa ghaib:
“Atthi Ajatam Abhutam Akatam Asamkhatam yang bererti :“Suatu Yang Tidak Dilahirkan, Tidak Dijelmakan, Tidak Diciptakan dan Yang Mutlak”. (Udana VIII : 3)
Teks al Quran:
Di dalam surah al Ikhlas Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara (serupa) dengan Dia.” (al Ikhlas: 1-4)
Inilah salah satu mesej Islam tentang Tuhan yang konsisten bermula sejak dari awal manusia sehinggalah sekarang. Umat Islam adalah umat yang paling sensitif di dalam isu pengwajahan tuhan kerana kesemua nabi dan rasul dalam Islam membawa aqidah dan mesej yang sama. Malah, jika dilihat secara logiknya manusia dapat memahami bahawa Tuhan itu tidak harus memiliki wajah dan diukir oleh manusia. Logik Tuhan itu wujud tetapi tidak nampak adalah lebih mudah untuk difahami berbanding membahas logik tuhan perlu berimej.

No comments:

Post a Comment