Wahai anak adam, cukuplah kematian satu pengajaran buat dirimu. Apabila datangnya kematian, dimana hebatmu, dimana kekuatanmu, dimana pangkatmu, dimana hartamu, dimana taulanmu dan dimana pengikutmu. Semuanya hilang , kerana dirimu sudah menjadi bangkai yang hina. Tiada siapa menginginkan untuk bersamamu didalam liang lahad, tak ada siapa pun yang mahu menyimpanmu lagi kerana dirimu sudah menjadi bangkai. Maka sedarlah diri sebelum dirimu menjadi bangkai.
No comments:
Post a Comment