Sunday, 12 May 2019

BUTA DALAM CELIK

BUTA DALAM CELIK
tuhan lebih dekat denganmu daripada urat lehermu sendiri.. bahkan ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu, di situlah wajah tuhan.. Wujud tuhan itu, merentasi sempadan ruang dan waktu.. tuhan meliputi segala sesuatu, tidak ada suatu ruang dan tempat yang tidak ada kehadiran tuhan, tuhan sekalian alam.
Tapi aku merasa amat kasihan sekali, kerana masih ada lagi golongan yang hanya dapat bertemu dengan tuhan di waktu tengah malam, ataupun hanya dapat bertemuNya di atas tikar sejadah.. selain dari waktu dan tempat itu, bagi mereka tuhan itu tidak ada dan tidak hadir.
Mereka inilah golongan yang diberikan mata tetapi tidak melihat, diberikan telinga tetapi tidak mendengar, bahkan Tuhan sendiri mengatakan, bahawa golongan ini lebih teruk kedudukannya daripada binatang ternakan.
Namun tidak pernah terdetik di dalam lubuk hati dan jiwa sanubari mereka, bahawa mereka itu mungkin berada di landasan yang salah.. bahkan mereka terus saja tersesat dan makin jauh dengan keyakinan palsu mereka.
Teruskanlah, asal engkau bahagia.
Selamat berbuka puasa, semuanya.

No comments:

Post a Comment