BELAJAR DARI SIFAT SEEKOR ANJING
Dari Hassan Al Basri R.A. mengatakan bahawa pada anjing terdapat sifat mulia yg patut dicontohi oleh setiap Mukmin :
1.SENTIASA LAPAR - ini adalah sifat-sifat org soleh yg sentiasa berada di dalam tidak terlalu kenyang malah sering pula berpuasa
2.TAWAKKAL - tidak mempunyai tempat yg tetap, sentiasa berpindah randah mengikut keperluan dan kebaikan kepadanya dan Tuhannya...
3.TAHAJJUD - tidak tidur pada waktu malam melainkan sedikit sahaja...ini adalah sifat para salihin yg sentiasa bermunajat kepada tuhan...
4.SETIA -jika dimarah atau dikasari tuannya, anjing tetap setia dan memaafi tanpa meninggalkan tuannya...begitulah sifat siddiqin yg berguru dgn gurunya, walau dipukul atau dimarah tp tetap bersabar dgn segala ujian...
5.TAWADDU' - anjing lebih suka tidur d tanah atau mana2 tempat yg lebih rendah tarafnya dari manusia... inilah sifat merendah diri, tidak angkuh dan sombong tanpa mengejar duniawi dan bsyukur atas apa yg diberi oleh tuhan...
6.SABAR - jika tempatnya diambil oleh org lain, ia akan redha dan berlalu pergi utk mencari tempat yg lain tanpa berasa marah atau dendam...sifat sabar dgn ketentuan tuhan dan akur segalanya bukan sentiasa milik kita...
7.KHUSYUK - walaupun diganggu atau dihalau, dia tak berdendam dan ini sifat orang-orang yg khusyuk dlm menjalani hidup..
8.SYUKUR -jika ia melihat org makan, dia akan melihat dari jauh... diberi atau tidak, dia tidak akan mengganggu... tidak meminta2 dan redha akan pemberian tuhan dan mensyukuri apa yg ada..
9.ZUHUD - ketika mati, ia tidak mewariskan apa2 dan juga tak mewarisi ...sifat tidak mencintakan dunia dan tak mengejar kemewahan dan kepentingan diri semata2...
10.MENGENANG BUDI - Jika kita berbuat baik padanya, dia akan membalas budi baik tersebut walaupun nyawa sebagai gantinya... sifat mulia org soleh agar sentiasa berbuat baik sesama manusia mahupun makhluk yg lainnya...
Adakah kita berhutang taubat dgn tuhan kerana memandang hina akan ciptaanNya yg memiliki sifat mahmudah yg tiada pada kita? Tiada sebab lain tuhan menciptakan sesuatu makhluk melainkan kita mempelajari sesuatu daripadanya... Wallahuallam...
No comments:
Post a Comment