Saturday 27 October 2018

mencari ingat pada tuhan

Marilah sama sama kita "mencari ingat" kepada yang sebenar benar tuhan yang tidak berhuruf dan tuhan yang tidak bersuara (tuhan yang tidak bernama). Tulisan atau perkataan tuhan yang berupa huruf, yang tersangkut di dinding dinding rumah atau yang tersangkut di cermin cermin kereta itu, itu bukan tuhan. Itu adalah hanya sekadar lakaran tulisan, iaitu lakaran tulisan yang berupa huruf(abjad) dari tangan makhluk . tuhan itu, bukan berupa tulisan, lakaran, ukiran, atau berupa huruf, yang ditulis oleh anggota tangan. Apa yang kita tulis itu , bukan tuhan, itu adalah berupa dakwat beserta kertas.
tuhan itu , bukan dakwat dan bukan kertas . Kertas dan dakwat itu, adalah sifat yang bilamana dibakar ia hangus dan bilamana direndam ia basah . Itu adalah sifat makhluk , bukan tuhan . Ingat itu...........
tuhan yang sebenar benar tuhan itu , tidak hangus bilamana dibakar, tidak basah bilamana direndam!. Tidak mati , bilamana dibunuh, tidak tinggi bilamana digantung dan tidak rendah bilamana jatuh. Selagi terbakar selagi basah, itu bukan tuhan. Jangan sekali kali beriktikad bahawa suara halkum yang terzahir pada bibir mulut kita itu, adalah tuhan. Ingat tu........
tuhan , bukannya sesuatu tetapi nyata pada tiap sesuatu!.

No comments:

Post a Comment