Sunday 21 October 2018

kewujudan diri

Jangan pernah sesekali merasakan kewujudan diri.
Aku alim kerana kebijaksanaan aku
Aku kaya kerana usahaku sendiri
Aku berjaya di dalam imtihan kerana aku hebat
Aku taat kerana sememangnya aku seorang yang soleh
Aku dapat banyak melakukan ibadah kerana aku rajin
Aku dapat segala aku mahu kerana aku berkemampuan
KeAKUAN inilah dosa syirik khafi kerana masih merasa kewujudan dirinya, lalu timbul takabbur , riya', ujub, dan lain lain, ini disebabkan dirinya masih lagi terhijab dengan dirinya sendiri, hijab yang paling dekat dengan kita adalah hijab dengan diri kita sendiri. Dirinya masih lagi belum syuhud kepada wujud hakiki yang berada disebalik kewujudannya yaitu tuhan

No comments:

Post a Comment