Wednesday 24 October 2018

Hakikat haji dan umrah.

Hakikat haji dan umrah.
Ihram itu isyarat pakaian fakir, maka kita kena sedar kita hadir ke dunia ini kita didalam keadaan fakir segala galanya disediakan oleh Allah untuk kita.
Wukuf diarafah itu sebagai tanda untuk kita merenung, apakah segala janji kita dengan Allah sudah kita tunai atau belum.
Mengutip batu di muzdalifah diwaktu malam, sebagai isyarat hidup ini wajib berhati hati dengan bisikan syaitan dan segala perkara jahat yang kita tidak nampak , yang boleh menjadi hati kita gelap akibat perbuatan jahat dan ikut hasutan syaitan.
Melontar isyarat kita membuangkan segala sifat mazmumah dan segala kejahatan yang tersembunyi
Tawaf isyarat kita membuang segala kepentingan diri kita dalam segala hal dari hati kita, dalam hati kita hanya ada Allah dan kerana Allah.
Sai isyarat kita mencari yang mana benar dan yang mana salah dalam kehidupan kita seharian , kerana itu sai dilakukan ulang alik safar dan marwah.
Tahlul isyarat kita memutuskan hubungan kita dengan makhluk seluruhnya , hanya kita dengan Allah . Itulah tujuan hidup kita.
Tetapi ramai yang menunaikan haji dan umrah tidak tahu akan hakikat ini, maka terjadilah haji dan umrah kerana cukup duit, atau sampai giliran setelah mendaftar sekian lama, dan kerana dah tua dan pencen, atau kerana dapat hadiah dan tawaran kerajaan, maka balik dari menunaikan ibadah haji dan umrah perangai kembali menjadi syaitan dan dajjal tak ada perubahan.

No comments:

Post a Comment