Thursday 25 October 2018

berdiri sendiri?

Bolehkah kita berdiri sendiri? Berdirinya kita itu, adalah diatas rupa tuhan(wajah tuhan) . Yang bersifat berdiri sendiri itu , adalah hanya tuhan. Sebagaimana yang di nyatakan dalam sifat 20 qiamuhu binafsihi ( berdiri tuhan itu, adalah dengan sendirinya) berdiri sendiri itu , adalah sifat tuhan, bukan sifat aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu. Jadi, siapakah yang mendirikan kaki kita ? Bolehkah kita berdiri sendiri? Jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?. Bilamana tuhan yang mendirikan kita dan dia yang menjadikan kaki kita sehingga kita boleh berdiri, bilamana segalanya tuhan, jadi siapa kita ?. Jika segalanya tuhan , mana bahagian kita? Kemana perginya hak kita dan kemana perginya kepunyaan kita ?
Mana yang dikatakan diri kita, jika segalanya milik tuhan, mana kita ?
Jawapan kepada soalan itu, adalah tidak ada, diri kita sebenarnya adalah tidak ada. Yang bersifat dengan sifat ada (wujud) itu, adalah hanya tuhan, tuhan sahaja yang bersifat ada. Selain dari tuhan , ianya tidak ada , bolehkah barang yang tidak ada , dikatakan ada?. Barang milik orang, bolehkah kita mengaku milik kita ? Tanah orang punya dan rumah orang punya, kita hanya menumpang saja, bolehkah kita mengaku yang ianya harta milik kita?

No comments:

Post a Comment