Saturday 21 July 2018

WASIAT BUAT SAHABAT

WASIAT BUAT SAHABAT
________________________________________
Awal-awal lagi aku ingatkan kepada sesiapa yang membaca catitan pada page ini, supaya janganlah sesekali membawa hal ini kepada pengetahuan orang-orang syariat yang buta hakikat, dan bermata ikan kering, walaupun dia dianggap oleh orang ramai sebagai guru dan bahkan mengajar orang lain pula.
________________________________________
Ini adalah disebabkan semua catitan serta pengertian dan istilah istilah yang didapati di dalam page ini adalah dibuat daripada sudut pandangan dan juga daripada kaca mata hakikat dan makrifat semata mata.
________________________________________
Jikalau kamu bawa hal ini ke pangkuan orang orang syariat, maka sudah tentu mereka akan terus mengatakan bahawa semua catitan yang ada di dalam page ini adalah salah, terpesong, menyeleweng, songsang, sesat, malahan ada di kalangan mereka tersebut yang berani menuduh catitanku ini sebagai kafir.
________________________________________
Keadaan ini sebenarnya kerana mereka jahil dengan ilmu hakikat dan makrifat. Sesungguhnya mereka itu hanya sesuai mentelaah kitab kitab syariat yang membincangkan tentang dosa, pahala, sunat, wajib, haram, dan makruh sahaja.
________________________________________
Ingatlah, tidak semua tok guru syariat faham dan mengerti dengan catitanku ini. Oleh yang demikian, aku berwasiat pada kamu semua, supaya bertanyalah akan hal-hal catitanku ini dengan guru guru hakikat dan makrifat, sama ada daripada golongan kaya, miskin, jahil, alim, lebai, rakyat, meskipun seorang yang gila, asalkan mereka itu orang hakikat dan makrifat yang sebenar benar mursyid, dan sampai pula kepada martabatnya.
_________________
#HAKIKAT_INSAN

No comments:

Post a Comment