Saturday 21 July 2018

untuk sampai kepada tuhan


Ibdah tidak ada kuasa untuk sampai kepada tuhan
Ibadah tidak ada kuasa walau sedikit pun untuk membawa kita kepada tuhan . Ibadah tidak ada kuasa walau sedikit pun untuk sampai kepada tuhan. Melainkan tuhanlah yang menyampaikan kita kepada ibadah dan bukan ibadah yang menyampaikan kita kepada tuhan. Hanya tuhan yang boleh membawa kita kepada tuhan . Jika tidak digerakan oleh tuhan, mana mungkin kita boleh beribadah dan mustahil kita dapat menatap wajah tuhan, jika tidak ada keizinan tuhan. Hanya tuhan sahaja yang dapat membawa kita melihat dirinya.
Cuba kita tanya dan cuba kamu semua tanya kaki kamu sendiri, bolehkah kaki kita itu berdiri sendiri, tangan kita bertakbir sendiri, lutut kita rukuk sendiri dan bolehkah kepala kita sujud sendiri?. Bolehkah ibadah itu berjalan sendiri?. Pastinya tuhanlah sahaja yang berdaya upaya untuk mengerakan anggota diri kita menunaikan ibadah. Jadi di sini , ibadah tidak sekali kali boleh membawa kita kepada tuhan dan tidak boleh membawa kita menatap wajah tuhan , melainkan tuhanlah yang membawa kita kepadanya. Cuba kamu semua ajukan pertayaan kepada suara zikir yang terkeluar dari kedua bibir mulut, apakah suara bibir boleh ingat kepada tuhan?. Apakah anggota bibir mulut boleh ingat kepada tuhan?. Cuba tanya lagi , apakah akal kita boleh ingat dan boleh menyatakan wajah tuhan ?. Apakah keupayaan diri kita untuk ingat dan untuk menyatakan wajah tuhan?. Apakah keupayaan ibadah untuk membawa kita kepada tuhan, sedangkan ibadah itu sendiri dibawa oleh tuhan.
Tahap orang syariat , adalah tahap yang masih mengunakan kaedah upaya diri untuk sampai kepada tuhan. Kita selalu beranggapan bahawa hanya melalui ibadah, melalui pendidikan akal , melalui latihan rohani, melalui memperbaiki akhlak dan melalui perbuatan amal ibadah boleh membawa kita bertemu tuhan. Sedangkan keupayaan diri sendiri itu (melalui amal ) itu, tidak mampu untuk sampai kepada tuhan, melainkan keupayaan untuk ingat dan keupayaan untuk sampai kepada tuhan itu, melainkah hanya tuhan sahaja yang layak sampai kepada tuhan.

No comments:

Post a Comment