Wednesday 18 July 2018

ibadah korban

Hari raya korban sudah dekat, tetapi ramai dari kita selalu melakukan kesilapan dalam ibadah korban, salah satunya kita sentiasa sangka satu bahagian korban itu untuk satu orang. Maka terjadilah tahun ini suami, tahun depan isteri,tahun berikutnya anak, sedangkan itu salah dan teramat salah. Sedangkan seorang ayah bila melakukan korban sepatutnya dia boleh buat korban untuk satu keluarga atas sebahagian , caranya dia menyebut inilah korbanku dan ahli keluargaku, kerana ada dalam hadisth sahih rasullullah mengorbankan dua ekor kambing, kambing yang pertama rasullullah inilah korban atas namaku dan seluruh ahli keluargaku, dan seekor lagi rasullullah menyebut inilah korbanku dan umatku. Jadi kesimpulannya tak semestinya satu bahagian korban atau seekor kambing hanya untuk satu orang. Ini terjadi kerana kita suka beribadah ikut ikutan bukan beribadah berilmu maka dengan berilmu maka terjadilah beribadah dalam keadaan jahil.

No comments:

Post a Comment