Sunday 11 March 2018

TAUHIDUL ASMA : MENGESAKAN ALLAH TA’ALA PADA ASMA


TAUHIDUL ASMA : MENGESAKAN
ALLAH TA’ALA PADA ASMA
Maksud dan tujuan mengesakan Allah Ta’ala pada nama: iaitu yang sebenarnya ialah untuk mengenal Zat Allah, sehingga apabila kita memandang, mendengar, atau melihat nama apapun jua pada makhluk ini, maka tercurahlah pandangan basyirah kita dan juga perhatian kita kepada Allah s.w.t.
Adapun pengertiaan mengesakan asma itu ialah menyatukan, meninggalkan, dan mengembalikan seluruh nama, atau nama-nama yang ada pada makhluk ini, kepada nama dan Zat Allah Ta’ala. Baik nama-nama yang menurut hikmah dan manfa’at daripada benda alam ini ataupun nama-nama menurut perbuatan makhluk ini, yang disebut dengan nama perbuatan atau asmaul af’al.
Sekira-kira dalam pandangan basyirah hati kita tidak ada yang bernama kecuali Allah. Jadi nama-nama ini tidak terbatas kepada asmaul husna saja, tetapi lebih luas dan lebih mendalam sekali atau tidak dapat dihinggakan. Bermula kaifiat mengesakan Allah Ta’ala pada asma, iaitu kita pandang dengan mata kepala dan dengan mata hati kita pada asma Tuhan semata. Atau harus dikembalikan kepada Allah Ta’ala dengan dalil-dalil dan alasan seperti berikut:
1. Kerana af’al makhluk adalah majhur dan kenyataan perbuatan Allah. Maka begitu juga asma makhluk adalah majhur asma Allah yang tujuannya adalah untuk mengenal Allah.
2. Tiap-tiap nama menuntut ujud musama, yakni tiap-tiap nama tidak terpisah dengan zat yang empunya nama. Sedangkan kalau diperiksa dengan teliti dan dipandang dengan pandangan ma’rifat, maka tidak ada yang maujud pada hakikatnya kecuali Zat Allah Ta’ala.
3. Allah berfirman: WALILLAHIL ASMA UL HUSNA FAD’UHU BINAA. Ertinya: Bagi Allah ada nama yang baik-baik ,maka beroleh kamu dengan DIA.
4. Sabda Rasulullah S.A.W : INNAMA TAD’UUMA MAN HUWA SAMI’UN BASYIRUN, MUTAKALLIMUN, WA HUWA MA’AKUM AINAMA KUNTUM. Ertinya: Hanya saja kamu berdoa kepada Tuhan yang maha mendengar lagi maha melihat, dan yang berkata-kata, dan DIA selalu beserta kamu walau di mana sahaja kamu berada.
Adapun cara kita musyahadahkan pandangan ini ialah dengan dua cara iaitu: SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH dan SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH. Ertinya: Pandang yang banyak pada yang satu. Dan pandang yang satu pada yang banyak. Di sini hamba simpulkan saja bahawa: Seluruh ASMA ini dari Allah dan kembali kepada Allah. Jadi pada hakikatnya nama-nama yang ada pada makhluk ini nyata adalah: nama-nama Tuhan Allah.
Maka dari itu wahai sekalian penuntut, mantapkanlah pandanganmu dalam segala perkara, supaya ia tetap bagimu. Kalau sudah mantap pandanganmu, maka engkau yang bernama khalifah Tuhan dalam dunia fana ini.
Maka baiklah anda sekalian hamba bawa kepada membicarakan tentang ayat Alqur’an yang berbunyi: FA’ILUN ILALLAH, ertinya SEMUA KERJA DARI ALLAH. Maka yakinlah kita sekarang ini tidak ada yang perlu kita ragukan lagi. Kerana syak dan ragu itu adalah musuh kemerdekaan akal. Demikianlah penjelasan hamba mengenai tauhidul asma.

No comments:

Post a Comment