Tuesday 27 March 2018

fb hi m


Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus
Educational purposes
...
D U L I Y A N G M A H A
M U L I A
Ramai orang mempersoalkan kenapa Raja-raja Melayu menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia sebab bunyinya macam menyamakan darjat dengan Allah. Tahukah anda, mengikut ahli bahasa, perkataan 'Duli' membawa maksud debu atau abu di kaki. Jadi, perkataan Duli Yang Maha Mulia menunjukkan bahawa seluas manapun tanah jajahan seorang Sultan, tarafnya hanyalah seperti debu-debu di kaki Yang Maha Mulia iaitu Allah.
S E R I P A D U K A
B A G I N D A
Sama dengan gelaran Seri Paduka Baginda. Mengikut ahli bahasa, 'Paduka' bermaksud selipar atau alas kaki dan baginda merujuk kepada Rasulullah s.a.w. Jadi, secara tepatnya gelaran ini menunjukkan tingginya darjat seseorang Sultan itu, tinggi lagi darjat Rasulullah s.a.w di sisi Allah.
Jadi selepas ini, janganlah mempersoalkan gelaran-gelaran Sultan kerana ada sebab kenapa orang dulu-dulu bagi gelaran macam tu. Bahasa orang dulu-dulu luas, bahasa orang zaman sekarang dah jadi bahasa media sosial. Sama-sama kita belajar.
...
Credit: Aji Yusop .
Photo hanya ilustrasi

No comments:

Post a Comment