Sunday 11 March 2018

TAUHIDUL AF’AL : MENGESAKAN ALLAH TA’ALA PADA PERBUATAN

TAUHIDUL AF’AL : MENGESAKAN
ALLAH TA’ALA PADA PERBUATAN
Dalam pelajaran atau pengajian-pengajian kita yang terdahulu sudah kita jelaskan/kita sampaikan, titik tujuan pelajaran dan ilmu tasawuf adalah menuju jalan kembali kepada Allah dan supaya liqo/ bertemu Allah, maka jalan bagi salik/ penuntut haruslah dimulai dengan mempelajari dan mengamalkan tauhidul af’al, ertinya: mengesakan Allah Ta’ala pada segala perbuatan, yakni meninggalkan seluruh perbuatan yang ada pada makhluk ini kepada Allah.
Maksudnya pandanganlah olehmu dengan syuhud hati dan dengan mata kepala dengan itikad yang putus dan dengan haqqul yakin, bahawa segala perbuatan dan gerakan yang ada terlihat dalam alam ini, baik yang datang dari diri kita sendiri mahu pun yang datang dari semua makhluk yang ada dalam alam ini: baik perbuatan yang diredhai oleh syarak mahu pun yang dilarang oleh syarak; adalah kesemuanya itu perbuatan Allah Ta’ala.
Memang itu perbuatan Allah; maka kalau kita lihat pada zahirnya segala perbuatan itu dilakukan oleh manusia/hamba dan segala haiwan dan lain-lain sebagainya. Tetapi namun kita teliti dengan cermat dan dengan penuh keyakinan dan dengan tinjauan akal, dengan saksama bahawasanya memang makhluk ini lemah, dhaif, hina, dan tidak punya daya upaya sama sekali. Dan tidak punya sifat ta’sir dan sebagainya.
Sedangkan segala pebuatan itu tidak akan ada kalau sifat yang memperbuat itu tidak memiliki sifat-sifat tersebut. Sifat-sifat ta’sir itu ialah Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat; sedang semua sifat-sifat itu ialah kepunyaan dan milik Allah. Jadi segala perbuatan yang ada terlihat pada alam ini dan diri kita, itulah perbuatan majazi belaka, dan bukan hakiki. Itu adalah majhur dan kenyataan perbuatan Allah kepada kita.
Allah menyandarkan perbuatannya kepada kita, adalah sebagai tanda kasih sayangnya, supaya kita punya titik dan penempatan mengenal perbuatan Allah dan ZATnya. Di samping itu juga merupakan cubaan dan ujian kepada kita; apakah kita sanggup memandang perbuataan Allah, atau menjadi orang buta dan syirik, mengakui/kekuatan dan perbuatan dia sendiri zahir dan batin/luar dan dalam.
Kenyataan dan kezahiran perbuatan Allah kepada hambanya; inilah oleh kaum sufi disebut usaha ikhtiar hamba. Dan di sinilah takluknya hukum syara’.
SYEIKH WAHAB SYAHRANI berkata; beliau ada mendengar dari saidina ALI AL HAWAS ia berkata: Wajib bagi hamba mengiktiqadkan bahawa segala perbuatan dan usaha ikhtiar hamba, sama sekali tidak memberi bekas dangan sekira-kira takwin dan atsar.
Lebih jauh beliau berkata, Allah menghendaki mengadakan suatu harakat atau yang disebut gerak perbuatan, maka tidak akan ada ujudnya kecuali pada madah atau tempat yang menerima hukum yang dimaksudkan; mustahil ada ujud, gerak, atau perbuatan tanpa ada madah itu. Maka yang dijadikan madah atau tempat menzahirkan perbuatan Allah itu, adalah hamba dan lain-lainnya. Itulah sebabnya dipandang ada segi lain, ada perbuatan hamba.
Sangat banyak sekali penjelasan dalam Al Qur’an dan hadis-hadis nabi yang memberikan keterangan bahawa hamba atau makhluk ini sama sekali tidak punya perbuatan. Antara lain menegaskan, WALLAHU KHOLAQOKUM WAMAA TA’MALUN ertinya: Allah yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu.
Dan lagi ayat yang berbunyi: WAMAA ROMAITA IZROMAITA WALAKINNALAH HAROMA ertinya; Hai Muhammad bukanlah engkau yang melempar dikala engkau melempar, tapi Allah lah yang melempar dikala engkau melempar.
Jadi untuk kemantapan pandangan, kita harus selalu melatih diri dengan tidak bosan-bosannya mensyuhudkan perbuatan Allah Ta’ala Azza wajalla. Kita hendaklah dalam hidup ini tidak hanya melihat yang tersurat saja, tetapi juga yang tersirat. Dengan basyirah hati kita ini, biar saja mata melihat perbuatan alam, namun dalam hati melihat perbuatan Allah.
Biar saja telinga mendengar alam, namun hati kepada Allah. Biar saja mulut mengatakan perbuatan si A si B dan si C, namun hati tetap tercurah kepada Allah. Boleh saja buat misal sekadar untuk mendekatkan kepada Allah (kepada faham). Bahawa alam AKUAN yang kita lihat ini dengan bermacam-macam corak dan ragam, hendaknya tidak ubah laksana kita melihat bayang2 yang mana hati kita akan tertuju kepada yang empunya bayang2 itu. Tidak mungkin bergerak bayang2, tanpa bergerak yang punya bayang2. Jadi kesimpulannya adalah: tiada yang yang hidup, tiada yang tahu, tiada yang berkuasa, tiada yang berkehendak, dan tiada yang berkata-kata pada hakikatnya, melainkan Allah Ta’ala.
Adapun zahir sifat ini kepada makhluk adalah tempat memandang sifat2 Tuhan yang zahir pada makhluk, yakni bayang2 sifat tuhan kepada hamba. Seperti ujud kita adalah bayang2 ujud Allah Ta’ala. Mustahil ujud bayang2 dengan tiada ujud yang mempunyai/empunya bayang2. Dan mustahil pula bergerak bayang2 dangan tiada bergerak yang empunya bayang2. Bermula misal ini kerana untuk menghampirkan faham jua adanya.
Jadi untuk kemantapan pandangan ini bahawa makhluk ini tiada mempunyai barang perbuatan, hanya saja perbuatan yang ada dalam alam ini adalah perbuatan Tuhan Allah semata-mata. Dan jika engkau sangka ada perbuatan lain daripadanya, walaupun sebesar zarah, maka syirik lah engkau, ertinya: menyekutukan Tuhan dengan lainnya. (Syirik Khafi).
Demikianlah orang yang hendak mengesakan Allah Ta’ala pada Af’al atau perbuatan, tanamkanlah keyakinan kita itu ke dalam lubuk jiwa yang sangat mendalam. Sekira2/tidak bergeser walau sebesar zarah pun, kalau sudah mantap pandangan akan Af’al Allah Ta’ala maka manunggallah perbuatanmu (manunggal dalam rahasia) dengan Af’al-Nya.

No comments:

Post a Comment