Monday 12 March 2018

TAUHIDUZ ZAT : MENGESAKAN ALLAH TAALA PADA SEGALA ZAT

Kerana ada permintaan, dan untuk
mempermudahkan sahabat2 di sini,
maka saya kongsikan ini lagi sekali;
TAUHIDUZ ZAT : MENGESAKAN 
ALLAH TAALA PADA SEGALA ZAT
Mengesakan Allah Ta’ala pada zat adalah jalan yang terakhir dari perjalanan seorang salik. Di sinilah titik terakhir bagi ariffinbillah untuk menuju Allah dan di sinilah perhentian perjalanan kaum sufi dan para wali.
Dan di sinilah batas mikrajnya orang-orang mukmin sejati. Apabila sudah mencapai kepada makam tauhidul zat itu, maka akan diperolehnya kelazatan dan kenikmatan yang tiada taranya di dunia dan akhirat.
Hanya dengan itulah yang dapat memuaskan dahaga jiwanya dan menenangkan qalbunya, nikmat-nikmat yang tidak dapat diperolehi orang lainnya. Inilah puncak rasa menikmati redhanya, puncak kebahagiaan yang kekal dan abadi sepanjang masa.
Bermula kaifiat atau cara mengesakan Allah Ta’ala pada zatnya, iaitu:
"engkau pandang dengan mata hatimu dan curahkan seluruh perhatianmu itu semata-mata kepada Tuhan seru sekalian alam"
Kerana sudah nyata kepada kita bahawa:
TIADA YANG MAUJUD DALAM ALAM INI, KECUALI ALLAH. DAN TIADA MAUJUD YANG DALAM UJUD INI, HANYA ALLAH. DAN TIDAK LAIN DALAM JUBAH, MELAINKAN ALLAH. DAN TIDAK ADA DI DALAM YANG ADA INI, KECUALI DIA SEMATA MATA.
Kerana sudah jelas bagi arifbillah, bahawa:
AL HAQ ADA PADA NABI KITA MUHAMMAD
Kalau Al Haq ada pada nabi, demikianlah ada pada kita. Demikianlah hamba tambahkan supaya anda menjadi faham, dan supaya dapat melaksanakan tugas masing-masing.

No comments:

Post a Comment