Friday, 8 December 2017

zionis akan menawan

Peristiwa zionis akan menawan palestin itu adalah janji Allah sejak dahulu lagi, tetapi kita semua terlepas pandang. Ianya sudah termaktub didalam kitab suci. Firman Allah dalam surah Al Israak :
Dan berkata kami, sepeninggal firaun kepada Bani Israil : Diamlah kamu dibumi ini, maka apabila datang janji akhirat, kami kumpulkan kamu sekalian. (ayat:104)
Nah sekarang Allah telah tunaikan janji janjinya terhadap keturunan bani israil, dan itulah tanda tanda pengakhiran dunia. Kerana tanah suci itu adalah palestin yang pernah mereka diperintahkan mereka masuk dari zaman nabi MUSA lagi. Firman Allah didalam surah Al Maa Idah:
Hai kaumku, masuklah kamu ketanah suci yang telah diperlukan Allah kepadamu (memasuki) dan janganlah kamu mundur kebelakang , nanti kamu kembali jadi orang orang merugi. (ayat:21)
Jelas sudah seribu tahun lebih wahyu ini telah turun sebagai peringatan untuk kita semua. Tetapi kita terlepas pandang, kerana asyik membaca yassin dimalam jumaat, mengkaji dan belajar al Quran tidak mahu. Sekarang janji janji Allah untuk hari hari terakhir sebelum turun kerajaan Allah sudah terjadi. Kerana itulah berjuta juta umat islam solat hajat untuk bebas palestin Allah tidak makbul, kerana sudah janji Allah tanah palestin itu tempat berkumpul kembali bani israil sebagai tanda peristiwa besar tanda hari khiamat sudah hampir.

No comments:

Post a Comment