Thursday, 7 December 2017

TAKUT ATAU CINTA?

TAKUT ATAU CINTA?
Tidak ada yang perlu ditakuti. Jangan takut kepada Allah, kerana Allah bukan hantu, bukan iblis, dan bukan jin, dan bukan Malaikat, semuanya bukan dan bukan.
Adakah orang takut dengan dirinya sendiri?
Adakah orang benci kepada dirinya sendiri?
Adakah orang menyeksa dirinya sendiri?
Adakah orang memerintah dirinya sendiri?
Adakah orang menyakiti dirinya sendiri?
Jawabnya:
Yang ada hanyalah memuji dirinya sendiri...
Mencintai dan menyayangi dirinya sendiri...
Merasai sendiri dan berbuat sendiri...
Tidak ada yang diperintah dan memerintah...
Tidak ada yang disakiti dan menyakiti...
Tegasnya kerana CINTA...
Semua orang merasa benar, mengaku baik, dan berpekerti mulia. Hampir semua orang merasa dirinya tidak bersalah, tidak berdosa, dan tidak tercela. Semua orang sama sahaja, tidak ada bezanya antara kita.
Fahamilah kata-kata AKU ini. Kalau percaya ambil, kalau ragu buanglah jauh-jauh. Tidak ada paksaan dalam Agama Allah, maka pilihlah sendiri saja.

No comments:

Post a Comment