Monday, 18 December 2017

Syeikh Daud Al Fathani berkata bahawa:

Syeikh Daud Al Fathani berkata bahawa:
“Betapa ia dapat Ilmu haqiqat padahal Ilmu Usul belum ia tahu dengan baik dan ilmu syariat yang zahir tiada dapat ia faham pada pekerjaan ibadat yang fardhu dan sunat dan sah dan batalnya istimewa pula ia mengetahui ilmu Tariqat. Maka takut diri tiada ada orang yang berkepercayaan pada agamanya pada Usuluddin , ilmu yang zahir lagi mudah maka apa pula kita percayakan dia pada ilmu haqiqat yang tiada sempurna kepadanyamelainkan dengan ‘suluk’ pada guru yang mursyid lagi yang washil ilallahi Ta’ala dengan zauk dan wajdan yang di dapatnya dengan syuhud dan a’yan dan tiada lagi berkehendak kepada dalil dan burhan”.
Kesan dan akibat jika Ilmu Usuluddin diabaikan atau tiada mahir dalam persediaan untuk menjalani Ilmu Tariqat dan ilmu Haqiqat.
a. Dikhuatiri akan menyebabkan fahaman pegangan I’tiqad terkeluar dari mazhab yang diredhai iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara tidak disedari dan mengakibatkan terkeluar daripada kaedah sunnah kaum sufiah sepertimana dikatakan oleh Qutubul Ariffin Al Kabir Syeikh Abdul Aziz al Dabbagh r.a. dengan katanya :
“Tidak akan terbuka (dari selindung hijab) kepada seorang hamba melainkan jika ia berada dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak ada seorang wali Allah dari aqidah selainnya.”
Maka akan terjadilah penyelewengan yang menyeret orang lain kekancah zindiq akibat kecuaian ini. Justru itu lahirlah bermacam-macam fahaman yang pelik-pelik sesat lagi menyesatkan misalnya yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani dalam Kitab Sirrul Asrar dan Tuhfatur Raghibin bagi Syeikh Muhammad Arsyad yang menyatakan puak sesat dalam kaum yang ingin bersufi. Perkara-perkara salah I’tiqad ini adakalanya berhubung dengan ketuhanan adakalanya berhubung dengan kenabian adakalanya berhubung dengan sam’iyat iaini perkara-perkara ghaib yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w. contohnya
Berkaitan Ketuhanan:
i. Mengi’tiqad Tuhan dan hamba bersatu.
ii. Mengi’tiqad Allah Zat dan hamba sifatNya.
iii. Mengi’tiqad diri adalah dari Nur Tuhan.
iv. Mengi’tiqad dirinya Allah.
v. Mengi’tiqad Allah bertempat dan berpihak.
iv. dll yang seumpama dengannya yang bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
.
Berkaitan kenabian:
i. Mengi’tiqadkan ada nabi selepas nabi Muhammad.
ii. Mengaku diri sudah jadi nabi atau dirinya diresapi ruh Nabi Muhammad.
iii. Menafikan kenabian Muhammad zahir yang maklum dan menetapkan sebenar nabi adalah Muhammad awal saja iaini nur saja
iv. Nabi melakukan dosa.
v. mertabat wali mahsum macam nabi.
vi. dll yang seumpama dengannya.
.
Berkaitan perkara² Sam’iyat:
i. Akhirat sebenar tiada tapi akhirat sebenar di dunia ini.
ii. Kiamat sebenar adalah kiamat diri dan kiamat alam sebenarnya tiada.
iii. Mengaku Imam Mahdi atau jadi tentera-tenteranya dan cofirm jadi ahli syurga.
iv. Neraka sebenarnya tiada Cuma ada pada istilah saja begitu jugalah syaitan ,syurga, loh, arasy dan sebagainya kesemuanya ujud dalam istilah saja tiada hakikatnya.
v. dan lain-lain I’tiqad yang seumpama dengannya.
Kesemua di atas tadi adalah contoh-contoh I’tiqad yang sesat lagi menyesatkan yang tiada boleh di pegang dalam menjalani jalan tariqat .(boleh rujuk Risalah Tasawuf Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal sebagai panduan berhubung dengan I’tiqad yang sesat bagi yang nak bersufi).

No comments:

Post a Comment