Sunday 10 December 2017

SYARIAT UNIVERSAL

SYARIAT UNIVERSAL
Tidak ada syariat tertentu yang harus dipakai kerana memang tidak ada syariat yang dapat memastikan semua manusia sampai pada tingkat kesempurnaan. Tetapi dalam masa yang sama, kita boleh sahaja belajar daripada pola-pola tertentu yang mungkin serupa tentang bagaimana orang-orang terdahulu menggapai kesempurnaan di dalam kehidupan.
Kita boleh mempelajari perilaku spiritual para nabi dan para wali. Kaedah dan amalan spiritual mereka memang jelas menunjukkan suatu persamaan atau pola tertentu. Tetapi sedarilah bahawa ada jalan di luar daripada kotak ataupun sangkar itu untuk meraih kesempurnaan yang tetap sama jua adanya.

No comments:

Post a Comment