Saturday 9 December 2017

SIMPLE JE..hi m

SIMPLE JE...
Ahli-ahli fekah yang berada dalam group HAKIKAT INSAN (Mengenal Diri Mengenal Tuhan) apa tujuan anda? Nak belajar? Nak ambil tahu? Atau nak kacau majlis orang? Ahli-ahli dalam ni bertujuan untuk berkongsi pendapat, pandangan, mencari ilmu, menambahkan pengetahuan, bertanya mengenai kemusykilan, bukan semata-mata nak menyalah-yalahkan orang, bukan nak menghukum orang, bukan nak memaki orang seperti kalian (ahli fekah bijak pandai).
TAK MALU ke memperlihat KEBODOHAN DIRI ANDA yang TERSERGAM INDAH? Ahli-ahli tasawwuf tak pernah nak kacau majlis ilmu ahli fekah. Malah mereka menghormati majlis anda pengikut tahap pengetahuan masing-masing. Di sini pun kita dah boleh lihat akhlak peribadi golongan ini dan golongan itu.
Simple je.. kalau anda tak boleh menerima hujah dari ahli dalam group ni, bermakna anda belum di buka hijab untuk bersifat terbuka untuk mendekatkan diri dengan Allah. Dan sekiranya anda masih tidak boleh menerima, anda boleh leave group ni. EASY RIGHT? Pergi muhasabah diri dulu.. bersihkan hati tu dulu.
Saya nak bagi satu contoh. Kalau rezeki anda, harap-harap boleh faham la ye.
HARI RAYA AIDILADHA. Lazimnya ada penyembelihan korban lembu, kerbau, unta dan sebagainya. TUJUAN AHLI FEKAH mereka LEBIH kepada nak kan balasan haiwan tunggangan di titian sirat menuju syurga Allah. Yang korban seekor dapat menunggang seekor. Yang korban ambil bahagian je, dapat bergantung di ekor haiwan je.
Itu bagi orang berkemampuan dan kurang kemampuan, habis orang susah, orang miskin, orang daif, apa cerita? Jalan kaki? Wah kalau macam tu untunglah orang kaya boleh tunggang seekor. Orang miskin jalan kaki. Kata Allah Maha Adil? Kalau macam ni Allah tak adil la. Sedangkan rezeki datang dari Allah.
Jadi di sini kita kena renungkan sejenak, renungkan sebaik-baik, renungkan sedalam-dalam dengan akal fikiran yang waras. Macam mana kita nak letakkan yang Allah itu Maha Adil? Janganlah kita berdagang dengan Allah. Aku buat sembahyang sebab nak kumpul pahala, aku buat korban sebab nak tunggang. MASYA ALLAH! Kan Allah dah cakap "Ikhlaskan Amalan Kamu Itu Kerana Allah Semata-Mata".
Mesti ada KEYBOARD WORRIOR komen, "Habis kau tak usaha, mana nak hidup senang. Lepastu nak cakap Allah tak adil plak!" hahahahahaha
Adik, abang, akak, pakcik, makcik, orang kaya ni kebanyakkannya tidak bersyukur, lupa diri, riak, sombong, takbur. Allah dah cakap siap-siap dah dalam al-quran "Sesungguhnya Kebanyakkan Manusia Itu Tidak Bersyukur!".
Berbeza dengan orang yang berilmu. Mereka hanya melakukan semua perkara kerana mencari keredhaan Allah semata-mata. SEKIAN. Kalau tak sedar juga, SILA MENINGGAL! hahaha

No comments:

Post a Comment