Sunday 10 December 2017

RAHSIA MIKRAJ PADA DIRI

RAHSIA MIKRAJ PADA DIRI
Rasul itu ertinya adalah PESURUH.
Pesuruh itu disuruh mengenal Allah.
Apabila Muhammad naik ke langit (MIKRAJ) maka Allah turun ke bumi. Di sinilah yang dinamakan: Allah dan Muhammad bertemu dalam "Rasul" melalui WAHYU.
Wahyu itu ILMU.
Ilmu itu JIBRIL.
Itu sebab semasa peristiwa Mikraj, Jibril beserta sekali. Diarahkan Jibril setengah perjalanan sahaja, kerana Jibril itu bukan Muhammad yang bersatu dengan Allah, dan Jibril itulah salah satu SIFAT MAANI pada kita yakni wahyu atau ilmu pada maknanya.
Mikraj ini terkait rapat dengan hal hamba sejati, kerana hanya hamba sejatilah yang benar-benar layak untuk menuju kepada tuhannya, dan kepada hamba sejatilah juga Allah akan turun kepadanya.
ISRA' itu maknanya : PERJALANAN.
MIKRAJ itu pula maknanya : SAMPAI.
BURAQ itu kiasan kepada ilmu baginda nabi saw yang cepat baginda miliki.
Jika bawa pada diri:
1. Terletak dalam solat.
2. Ilmu Nafas.
Pecahannya;
ILMU NAFAS
Apabila Muhammad naik ke langit itulah naiknya nafas kita ke ubun-ubun berkalimahkan "HU"
Apabila Muhammad sampai di langit ke tujuh, maka Allah akan turun, itulah nafas kita turun berlafazkan "ALLAH"
ILMU SOLAT
Terletak di takbiratul ihram dalam usalli.
Adapun dinamakan telapak nabi mikraj itu antara HIDUNG dengan BIBIR ATAS iaitu alat nyawa atau bernafas.
Adapun dinamakan MAKAM RASULULLAH pada kita itulah orang yang telah bermakrifat kepada Allah Taala.
Orang makrifat itu adalah orang yang teguh akidahnya walaupun dituduh kafir kerana dunia ini adalah neraka

No comments:

Post a Comment