Saturday 16 December 2017

RAHSIA MATI


RAHSIA MATI
"...maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang..."
[ QS. Al-Baqarah 2:54 ]
Ketahuilah olehmu tentang
Rahsia "Mati Sebelum Mati"
Barang siapa yang telah mengetahui hal tersebut, bererti itulah orang yang telah mempersiapkan dirinya bagi Tuhannya, dan Tuhan pun tersedia baginya. Yang dimaksudkan ialah:
| Mandikan dirimu, bukan dengan air
| Bungkus dirimu, bukan dengan kafan
| Sembahyangi dirimu sebelum matimu
| Kuburkan dirimu, bukan dengan tanah
Kerana sesungguhnya Tuhan telah berkata bahawa bagi hamba-Ku yang demikian itu, itulah yang tidak bercerai dengan Aku, dan lepas dari segala tuntutan dunia dan akhirat. Itulah hamba yang beriman sungguh-sungguh dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah Ta’ala semata-mata.
Adapun kematian itu ada 4 tingkat, yakni:
1) Kematian Syariat: Iaitu mengucapkan zikir
"Laa ilaaha Illallah" pada akhir kematiannya
2) Kematian Tariqat: Iaitu mengucapkan
zikir "Allah, Allah" pada akhir kematiannya
3) Kematian Hakikat: Iaitu yang mengucapkan
zikir "Huwa, Huwa" pada akhir kematiannya
4) Kematian Makrifat: iaitu mengucapkan zikir
"Ah, Ah" pada akhir kematiannya
* Tanda-tanda Kematian Syariat:
Yakni hancur tubuhnya dalam kubur
* Tanda-tanda Kematian Tariqat:
Yakni tubuhnya tidak rosak dan kering
* Tanda-tanda Kematian Hakikat:
Yakni Tubuhnya utuh dan rambutnya serta kukunya bertambah panjang, wajahnya bercahaya-cahaya.
* Tanda-tanda Kematian Makrifat:
Yakni tubuhnya lenyap dalam kubur, diambil oleh Malaikat, dibawa ke Tanah Suci menjadi “Wali Allah”.
Yang dikatakan sudah membungkus diri sebelum mati ialah : "Lenyapkan Tubuhmu ke dalam hatimu"
Sudah memandikan diri sendiri bukan dengan air ialah : "Lenyapkan dirimu di laut adanya Allah"
Sudah menyembahyangi diri sendiri ialah : "Rahsiamu lenyap pada Nur Muhammad, Nur Muhammad lenyap pada Nur Allah"
Tetapkan hatimu dalam keyakinan bahawa Tuhan itu Esa adanya.
Bila sudah ada Nur yang tiada seumpamanya, sedang masih ada perasaan sakit dirasakan, itu belum yang sebenarnya. Jangan diikuti.
Bila sudah merasakan ketenangan dan kenikmatan semata dan seluruh perasaan telah sujud, bererti yakinilah bahawa Tuhanmu telah ada, apakah ada Nur atau tiada, berangkatlah. Alhamdulillah anda telah selamat.. Amiin²

No comments:

Post a Comment