Saturday 16 December 2017

negara ibarat sebuah kebun

Negeri atau negara ibarat sebuah kebun. Pemimpin ibarat tuan kebun, rakyat rakyat ibarat pokok buah buahan. Bila dikatakan kebun maka ada pelbagai jenis buah buahan, untuk dapat hasil yang baik dan pokok yang subur, maka wajib bagi tuan kebun memberi baja yang sesuai dan penjagaan yang rapi . Barulah pokok segar dan mengeluarkan hasil yang berkualiti. Jangan asyik memberi baja pada pokok kelapa sawit sahaja , tetapi mengharap pokok buah buahan mengeluarkan hasil yang berkualiti tetapi tak dibaja dan tak diberi penjagaan. Maka tuan kebun kena cerdik bijak dan pandai mengurus kebun, jika tak cerdik tak pandai mengurus itu tanda tuan kebun tak layak menjadi tuan kebun seeloknya jual sahaja kebun kepada orang yang layak.

No comments:

Post a Comment