Sunday 10 December 2017

KISAH SANG WAYANG

KISAH SANG WAYANG
Tidak ada satu perkara pun yang terlepas dari takdir. Takdir bermakna ketetapan, ketiadaan perubahan. Manusia berjalan pada titiannya, di titian ketetapan, dari saat ke saat yang nyata kerana ia berada di dalam ketetapan.
Bahkan andai manusia dikurniakan dengan kasyf, ketika selubung takdir tersingkap sedikit di hadapannya dan ia berusaha mengubahnya, sesungguhnya usahanya untuk mengubah takdir itu sendiri adalah sebahagian daripada takdir yang misteri.
Demikianlah tubuh sang hidup, yang tidak pernah berubah dan esa adanya. Kenyataan ini hanya bisa dijalani. Dijalani dalam ketetapan. Pilihanmu berada di dalam ketetapan. Pilihanmu berada di dalam kematian. Kerana sesungguhnya engkau hanyalah wayang.

No comments:

Post a Comment