Saturday 16 December 2017

"JANGAN SAMPAI BERTUHANKAN DIRI"


EPISOD "JANGAN SAMPAI BERTUHANKAN DIRI"
~MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU / Barang Siapa Mengenal Dirinya, Dia Akan Mengenal Tuhannya~
Secara lazimnya orang mengenal diri melalui "SIFIR SIFAT 20". Ada orang kata SIFAT MA'ANI itu SIFAT ZAHIR manusia & SIFAT MA'ANAWIYAH itu SIFAT BATIN manusia. & ada sesetengah lagi berkata SIFAT MA'ANI tu SIFAT BATIN manusia & SIFAT MA'ANAWIYAH tu sifat yang ada pada Allah. Terpulang & bergantunglah pada fahaman masing-masing. Jangan kita mengatakan orang tu tak betul, orang ni tak betul. Jangan! jangan! jangan! Sebab fahaman itu berperingkat.
Tapi tahukah anda yang anda kenal itu hanyalah sifat-sifatNya yang ada pada anda & anda belum lagi mengenal siapa tuan punya sifat (iaitu Allah). Hanya mengenal sifat-sifatNya masih tidak cukup untuk mengatakan anda mengenal diri apatah lagi mengatakan mengenal Allah. MASIH JAUH LAGI. Sebab apa saya cakap macam tu?
Tahukah anda sifat-sifat Allah pada diri yang batin itu BOLEH DI ZAHIRKAN? Bukan hanya sekadar belajar mengenal sifat-sifatNya sahaja, tapi ianya BOLEH DI ZAHIRKAN (boleh di lihat). Kalau belajar mengenal diri tapi TAK PERNAH MELIHAT DIRI, Anda masih BELUM MENGENAL DIRI. Anda hanya mengenal sifat-sifatnya sahaja. Mengenal diri belum past, mana mungkin mengenal Allah? Jauh lagi derrrr...
Kalau anda mahir dalam sifat 20 sehinggakan anda boleh menolak sifat keakuan diri, tapi belum lagi tengok diri sebenar diri anda, sebenarnya anda baru sahaja melepasi (sebagai perumpamaan) EXAM UPSR. Masih ada PMR & SPM.
RAMAI yang terjerat dengan ayat ni bila mereka sudah mengenal sifat-sifat Allah pada diri mereka. Sedangkan mereka hanya mengenal sifat bukan mengenal Hak Ampunya Sifat.
--------------------------------------
~LAISA KAMISLIHI SYAIUN / Dia (Allah) Tidak Menyerupai Sesuatu~
Ada sesetengah fahaman bila mereka mengenal diri lalu cara mereka nak mengenal Allah, mereka meletakkan kenyataan ayat laisa kamislihi syaiun itu pada diri mereka (iaitu tubuh zahir). Yes memang tubuh yang zahir itu tidak menyerupai sesuatu. Saya tidak akan jumpa yang serupa dengan saya. Begitu juga anda tidak akan jumpa lagi yang serupa dengan anda.
Tapi ingat jangan sampai terjerat diri sendiri! Ayat tu bukanlah dituju khas untuk manusia, tapi ayat tu sememangnya untuk Allah. Ada maksud yang tersirat disebalik ayat tu. Kaji betul-betul, faham betul-betul sehingga anda menjumpai maksud tersirat yang nak disampaikan. JIKA ANDA BERTUJU PADA ANDA, ANDA SEDANG BERTUHANKAN DIRI!
Sebab tu saya cakap nak kenal diri, nak kena lihat diri dulu, baru anda kenal diri sebenar diri. Bukan hanya mengenal sifat-sifatnya sahaja. Anda masih belum mengenal diri sebenar diri jika anda masih belum tengok kenyataan diri batin.
Di sini ramai yang keliru dengan maksud tersirat tentang ayat yang Allah cuba nak sampaikan ni sehingga ramai yang bertuhan diri. INGAT! kita ni hanyalah makhluk yang dicipta dan akan menemui mati & Allah itulah yang Esa, yang Tunggal, yang Satu, yang Hidup Tidak Mati-Mati.
Kalau abu mengaku tuhan, ali mengaku tuhan, ramli mengaku tuhan, senah mengaku tuhan, berapa banyak tuhan ada? HATI-HATI SAUDARA... Zat tetap Zat, Makhluk tetap Makhluk.
"Kenal Diri Rata-Rata, Agar Mengenal Allah Yang Nyata"

No comments:

Post a Comment