Surah AL-MUMINOON ayat 1, 2, & 3.
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Siapa di sini sembahyangnya khusyuk? Alhamdulillah! Bagi yang belum pernah khusyuk, yang belum ambil berat tentang hal ini, pelajarilah ilmu khusyuk. Pergilah mengaji ilmu khusyuk. Carilah GURU YANG MURSHID.
Oleh kerana ilmu khusyuk ini tidak ada di sekolah, di university, di surau, di masjid, di pejabat ugama, di pejabat mufti sekalipun. TIDAK ADA.
Jadi carilah guru murshid atau bermohonlah BERSUNGGUH-SUNGGUH kepada Allah s.w.t supaya dapat pertunjuk guru yang sebenar-benar yang boleh membimbing kamu.
Sembahyang tidak khusyuk bererti nak sangkut hanger baju tapi tidak ada paku di dinding. Letak jatuh, letak jatuh. Bererti TIADA HALA TUJU. Saya akhiri dengan...
Surah AL-BAQARAH ayat 45
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu AMATLAH BERAT kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

No comments:
Post a Comment