Monday 11 December 2017

hi m

Assalamualaikum...
Nak kongsi pendapat...
Untuk orang yang rasa diri dia sep hakikat/makrifat yang suka sindir dan perli orang syariat, faham je niat baik korang agar mereka mencari, tapi janganlah berlaku zalim. Berlakulah adil. Apa maksud adil? adil ni bermaksud 'meletakkan sesuatu pada tempatnya'. Bukan sama rata. Kalau bubuh nasi kat budak kecik sama ke bubuh nasi kat orang dewasa? Mestilah tak. Kalau korang belum tahap guru/murid yang diiktiraf guru, berhati hatilah dengan kata2 jangan sampai memperlekehkan syariat. Nabi Khidir tak perlekehkan syariat Nabi Musa walau Nabi Musa tanya banyak soalan. Nabi Musa pula beradab, minta maaf dan percaya dengan Nabi Khidir. Ni yg paling teruk, orang awam tinggalkan syariat kerana kata2 korang, camne diorg nak capai hakikat dan makrifat? Tak dinafikan ada yg diberi Allah tanpa melalui jalan syariat yg susah payah dengan kehendak Allah, namun ikutlah sunnatuLLah(peraturan Allah) ..
Apapun yg terbaik adalah hikmah dan kelembutan, sebagaiman cara baginda Rasulullah صلى الله عليه و سلم.
Tegur org pun ada cara, cucu Nabi, saidina Hassan dan Hussein nak menegur seorang lelaki tua yang salah ambil wudhuk. Mereka pura2 bergaduh lalu laki tua tu perhati je. Kemudian mereka pandang lelaki tua tersebut dan meminta lelaki tua itu memutuskan wudhu siapa yang benar. Setelah kedua duanya menunjukkan cara wudhu mereka, baru lelaki tua tu perasan wudhu nya salah, dan wudhu yg dilakukan saidina Hassan dan Hussein tersebut benar.
Tengoklah cara mereka, amat menjaga hati dan perasaan org lain. Inilah jalan para sahabat dan salafussoleh. Ya, kerana dengan maki hamun ,perli memperli ini tiada faedah untuk orang yang melakukannya dengan gerak yang masih bercampur nafsu. Maaf ya cakap. Apapun saya husnuzzon aja dengan kebanyakan kamu, ini teguran untuk segelintir sahaja yg masih ikut gerak bercampur nafsu lintasan syaitan iblis.
Maaf salah silap. Wassalam.

No comments:

Post a Comment