Thursday 14 December 2017

hamba dunia

Wahai ahli dunia yang mencintai dunia , engkau itu hamba dunia , usahlah engkau berbicara hal dunia didepanku. Kerana aku lebih mengetahui dan lebih mengenal dunia dari engkau. Kerana itulah aku menjauhkan diriku dari dunia. Dunia ini binatang yang buas beracun dan memukau. Bukan sedikit ahli ibadah, ahli ilmu , orang yang warak lebih lebih lagi orang jahil terkena racun dunia , terpukau dengan renungan dunia akhir mati tersesat dalam dunia. Racun dunia salah satu penyebab yang besar membolehkan kita putus dengan Allah . Racun dunia boleh menyebabkan kita hilang ke warasan boleh menjadikan kita seorang yang tamak haloba dan rakus , akhirnya kita menjadi hamba kepada dunia . Kerana itulah aku pejam mataku dari memandang wajah dunia , wajah dan mata dunia boleh memukau dan melaikan, dalam kelalaian itulah dunia mematuk bisanya. Bila bisanya meresap manusia alim pun boleh jadi hamba dunia. Oleh itu wahai ahli dunia usah engkau berlagak hebat konon engkau hebat perihal dunia sedangkan engkau sudah menjadi hamba dunia.

No comments:

Post a Comment