Sunday 10 December 2017

AHAD - AHMAD - MUHAMMAD

AHAD - AHMAD - MUHAMMAD
Pada Zaman Azali, yang ada hanyalah Dia. Belum ada apa pun selain Dia. Syahadat pada tahap ini adalah Syahadat Ruh. Jauh sebelum badan ini ada, jauh sebelum semesta ini terbentuk, segenap Ruh makhluk telah bersyahadat di dalam Dia, kerana Ruh bersemayam di dalam Dia.
Ruh tidaklah diciptakan, Ruh adalah Dia yang mendiami diri peribadi makhluk. Orang arifbillah dan para bijaksana menyebut Ruh ini dengan sebutan Nur Muhammad.
Syahadat lisan hanyalah memperkuat apa yang sudah disaksikan oleh Ruh ketika masih berada di dalam Dia, kerana semua yang ada di semesta ini adalah Dia. Dia yang bersaksi bahawa Dia adalah Dia. Ketika segalanya masih menyatu, belum terbagi-bagi ke dalam pelbagai dimensi, Dia disebut Ahad.
Ketika makhluk tercipta dan Dia bersemayam di dalam diri peribadi segenap makhluk, Dia disebut Ahmad. Dan pada akhirnya, ketika Dia bermanifestasi menjadi suri teladan bagi semesta raya, Dia disebut Muhammad.
Ahad-Ahmad-Muhammad.
Satu menjelma banyak, yang banyak berasal dari satu. Inilah sebenar-benar pengertian Tauhid bagi kaum yang memahami.

No comments:

Post a Comment