Monday, 4 December 2017

"AGAMA"


"AGAMA"
Pelita banyak juga berbeza,
Cahaya sama dan satu jua,
Jika melihat lihat lampu sahaja,
Hilanglah dalam ‘banyak’ dan ‘beza’.
Pandanglah hanya pada cahaya,
Nescaya nampak lihat satu sahaja,
Berbilang-bilang hanya bentuk rupa,
Boleh dibilang, satu, dua, dan tiga.
Begitulah juga pendapat manusia,
Berlain-lainan dan berbeza-beza,
Timbullah pelbagai mazhab agama,
Keluar pelbagai pandangan dan fatwa.

No comments:

Post a Comment