Adat melayu dahulu penuh adat mejaga maruah dan menepati ajaran islam . Seperti fungsi tepak sirih dalam adat meminang. Dalam islam bab meminang kena disembunyikan tidak perlu heboh heboh , kerana itu yang dituntut syarak , dan ada hikmah . Orang dulu dulu kalau hendak pergi meminang tepak sirih dibalut dengan kain songket dan dibawa kerumah perempuan secara disembunyikan dalam kelubung . Anak teruna duk rumah aje kerana ini urusan orang tua tua. Apabila sampai kerumah keluarga perempuan dihulurkan tepak sirih yang berbungkus dengan kain songket , jika pihak keluarga perempuan menerima dan membuka tepak sirih dan memakan sirih itu bermakna pinangan diterima dan masa itulah keluarga lelaki memberi cicin sebagai tanda.
Ketika makan sirih disitu ada makna ,kerana mengapur sirih kena ikut tertib , disitu simbolik apa yang patut didahulukan didahulukan apa yang patut dikemudiankan dikemudiankan.
Setelah diterima keluarga pihak lelaki pulang , maka semasa sampai dirumah anak teruna tahu pinangan diterima jika ahli keluarga balik tanpa membawa balik tepak sirih.
Tujuan pertunangan disembunyikan adalah bertujuan untuk menilai tikah laku dan perangai masing masing. Jika pihak perempuan ada membuat sesuatu yang kurang sopan, maka pihak lelaki akan pergi membawa tepak sirih yang dibalut dalam kain songket secara terbalik , maka keluarga pihak perempuan membukanya dan melihat tepak sirih terbalik ,maka mereka faham pinangan ini diputuskan, atau pihak perempuan pergi hantar balik tepak sirih yang dibungkus dalam kain songket dengan keadaan tepak sirih terbalik ,maka pihak lelaki pun faham bahawa pinangan diputuskan. Jadi tiada siapa yang tahu dan sama sama menjaga maruah.
Nah betapa hebat seni melayu menepati hukum syarak. Tak macam zaman sekarang jual maruah time bertunang macam nak bernikah heboh sana sini tup tup tak jadi kahwin dapat malu saje saje.
No comments:
Post a Comment