Saturday 7 October 2017

KADANG KALA MENGIKUT KATA ORANG ITU ADALAH PERKARA YANG MUDHARAT

KADANG KALA MENGIKUT KATA ORANG
ITU ADALAH PERKARA YANG MUDHARAT
Sekelompok katak melompat melintasi hutan, dan kemudian dua ekor di antaranya terjatuh ke lubang yang dalam. Katak-katak lain segera berkumpul di sekitarnya. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, semua berkata katak yang terperosok itu tidak akan pernah bisa keluar menyelamatkan diri.
Namun dua katak itu mengabaikan kata-kata tersebut dan mencuba melompat keluar dari lubang. Para katak lain terus menyeru agar mereka berdua menyerah dan menerima nasib. Akhirnya, salah satu katak berhenti melompat dan terperosok lebih dalam. Dia pun mati.
Sedangkan katak satunya terus melompat sekuat tenaga. Kembali, kerumunan katak berteriak agar dia berhenti melakukan usaha yang sia-sia dan menyerah saja. Namun dia justeru melompat lebih keras lagi hingga akhirnya berhasil keluar.
Setengah tak percaya, para katak lain bertanya kepadanya, “Mengapa kamu terus melompat, bukankah kamu mendengar kami?”
Ternyata katak itu pekak, dan mengira bahawa katak-katak yang lain itu dari tadi tengah memberikan laungan semangat kepadanya.

No comments:

Post a Comment