Thursday 5 October 2017

hi

Cinta itu buta dan juga boleh membutakan..
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan..
Aku cinta pada-Mu hanyalah ungkapan..
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan..
Ini pula cerita cinta Sang Pujangga;
bukan Arjuna Sita..
bukan Cinta dan Rangga..
Mungkinkah khayalan?
Akal mainan minda?
Atau lamaran puitis;
Dengan hasrat yang indah?
Kau selalu di hati, tidak ku dekati..
sentiasa ada mata jahat yang memerhati..
Tapi ku tak runsing tidak mungkin rindu..
Ku pusing lihat wajah-Mu di setiap penjuru..
Senyuman di kaca, kisah-Mu ku baca..
Perjuangan kita sama duka-Mu ku rasa..
Aku pasrah saja pada yang Esa..
Kerana ku tahu Dua dunia kita berbeza..
Suka di kala malam termimpi-mimpi..
Rindu di kala siang mencari-cari..
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar..
Walau dipisah lautan direnangi gelora..
Dan kadang kala hanyut bagaikan buah ara..
Malu sering bersua tapi jarang bersuara..
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah..
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata..
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti..
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti..

No comments:

Post a Comment