Wednesday, 23 March 2016

hati

Siri 10
Penawar Bagi Hati
Sambungan Bab 1: Mata
Mafhum sabda Nabi S.A.W.:
Bagi tiap-tiap manusia itu terdapat/ada bahagiannya/faktor-faktor/jalan-jalan kepada berzina.
1. Dua Mata
Maksud berzina dua mata ialah memandang dua mata tersebut kepada perkara-perkara yang tidak harus (haram) dipandang.
2. Dua Tangan
Maksud berzina dua tangan ialah menggunakan kedua-dua tangan untuk menampar pada sesuatu yang dilarang menampar (buat perkara-perkara yang dilarang/buat kejahatan).
3. Dua Kaki
Maksud berzina dua kaki ialah berjalan ke tempat yang diharamkan.
4. Mulut
Maksud berzina mulut ialah mengkucup pada sesuatu yang tidak halal dikucup (menggunakan bibir pada tempat yang tidak halal).
5. Hati
Maksudnya ialah hati merupakan faktor/punca utama bermulanya zina. Hati merupakan tempat lahirnya kehendak/keinginan dan niat/cita-cita. Hati boleh membenarkan faraj/kemaluan untuk berzina (hati mendorong faraj/kemaluan untuk berzina) atau sebaliknya hati boleh tidak membenarkan (tidak mahu)/menegah daripada berzina.
(Hadis riwayat Muslim dan Al-Baihaqi daripada Abi Hurairah R.A.)
Pengajaran penting daripada mafhum hadis ini ialah punca/faktor utama bagi zina faraj (persetubuhan haram atau seumpamanya) ialah dua mata.

No comments:

Post a Comment