Friday 25 March 2016

tasawuf-sabar

"Ada manusia yang bernasib baik dalam proses hidupnya. Dia tidak perlu mengenal kepedihan, kekecewaan atau kesedihan untuk mencapai bahagia. Dan mereka yang sebaliknya pula, harus menempuh pelbagai kedukaan sebelum menikmati kegembiraan. Namun siapalah kita untuk mengetahui kerana dalam diam-diam, Dia telah mengaturkan segalanya.
Kadangkala kita terlebih dahulu perlu meneguk pahitnya kecewa sebelum dapat mencicip manisnya bahagia, perlu mengunyah pahitnya penipuan sebelum dapat merasa lazatnya kebenaran, perlu berjalan di atas duri-duri pengkhianatan sebelum dapat berbaring lena di atas tilam penghargaan, dan perlu digari dengan kezaliman sebelum dapat bebas berlari dengan sepatu kebebasan dan kemenangan. Banyak lagi sebenarnya proses yang kita perlu lalui dalam hidup ini sebelum kita dapat mencapai sesuatu.
Apa yang kita dapat lakukan sepanjang proses ini ialah bersabar. Sabar itu ialah apabila kita dilontarkan dengan duri, kita dapat menghidu haruman mawar, apabila kita ditakutkan dengan gelapnya malam, kita mampu menggambarkan indahnya siang. Sabar itu bukan bermaksud hanya menerima sesuatu kemudian duduk diam sahaja. Sabar itu harus mampu melihat sesuatu kebaikan di balik sesuatu musibah. Begitulah proses hidup ini berlangsung.
Dalam hidup, kita memang selalu tidak akan mendapat apa yang kita mahukan. Tetapi kalau kita sabar, redha dan terus berusaha dalam proses mencari dan menjadi yang baik, insyaAllah kita akan bisa ketemu dengan sesuatu yang lebih kita perlu."
Masyaa ALLAH!
SAYA & REDHO...
All praise is to ALLAH.

Wahai orang yang mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk tidaklah ada gunanya bagimu, tidak juga membahayakanmu.
Jika engkau bergantung kepada makhluk seraya menyekutukan Allah, niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan al-Haq, yakni jalan menuju Allah. Karena sebaliknya, mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka Allah dan menghalangimu dari curahan rahmat Allah.
--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani--
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh. Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah. Terima kasih semua diatas perkongsian ilmunya disini.
Kepada Ayahnda ayahnda yang dihormati, serta tenaga tenaga pengajar, tuan guru tuan guru, puan guru puan guru dan tuan tuan, puan puan serta semua para sahabat sahabat yang dirahmati Allah, semoga semuanya sentiasa berada didalam lindunganNya serta kasih sayang dariNya.
Sedikit perkongsian dari saya untuk ahli keluarga group AL HAQQ/WUJUD serta untuk perkongsian semua group.
Tajuk: SEUMPAMA LEMBU DICUCUK HIDUNG...
Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.
Lembu yang dicucuk hidung, adalah makhluk yang hanya tahu ikut perintah tuan. Ikut sahaja kemana tuannya tarik, ikut sahaja tuannya tempatkan dan ikut sahaja kemana tuannya bawa dan suruh. Tidak sekali kali ada daya melawan dan tidak sekali kali ada daya keupayaan menentukan hidup. Malahan hamba yang menurut perintah tuannya. Begitu jugalah kita. Sepatutnya sebagai hamba Allah yang muflis, hendaklah mengambil contoh lembu dicucuk hidung.
Lembu dicucuk hidung, tidak punya harta sendiri, tidak ada rumah sendiri, tidak ada kebun sendiri. Muflis dihadapan tuannya yang hanya kerja menurut perintah tuannya. Tidak ada wang simpanan, tidak ada memiliki keluarga sendiri dan tidak ada tempat bergantung selain tuannya. Sepatutnya kita sebagai hamba yang muflis, hamba yang patuh, hamba yang taat dan hamba yang benar bertuankan tuan, hendaklah berserah diri kepada Allah. Berserah sebagaimana berserahnya lembu yang dicucuk hidung.
Untuk menjadi lembu dicucuk hidung hendaklah kita mengenal siapa kita, setelah kita mengenal yang kita itu benar benar hamba, barulah datang keinsafan untuk memperhambakan diri kepada tuannya.
Sayangnya kebanyakan dari kita bukan hendak menjadi hamba malahan sebaliknya ingin menjadi tuan. Dengan mengaku yang gagah milik kita, cantik milik kita, kaya milik kita, tinggi milik kita, anak milik kita, isteri milik kita, harta milik kita, kesihatan milik kita malahan ada yang beranggapan bahawa dunia dan akhirat itu adalah milik kita.
Itulah makanya ramai yang berebut rebut mengejar dunia dan berebut rebut mengejar akhirat. Tidak ramai yang mengejar Allah. Malahan ramai yang mengejar syurga, mengejar pahala dan ramai yang takut seksa neraka berbanding takutkan Allah. Sembahyang (solat) karena hendakkan syurga, puasa karena hendakkan syurga, ibadah itu dan ibadah ini, semuanya merebutkan pahala dan syurga.
Ada juga yang berpuasa karena takut masuk api neraka, solat karena takut masuk api neraka, beramal dengan bermacam macam amal, adalah semata mata karena takut masuk api neraka, bukannya takut Allah Taala.
Adapun sebagai seorang hamba kepada Allah, kenapa perlu fikir yang lain selain Allah?. Selaku lembu dicucuk hidung, kenapa perlu takut kepada yang lain selain tuannya. Jika kita berserah diri bulat bulat kepada tuan kita, tahulah tuan kita mencukupkan keperluan atau cukup Allah melengkapkan kebutuhan kita. Lihat sahaja lembu, apakah sanggup tuannya, membiarkan ia kelaparan dan kehausan. Adakah kita pernah dengar lembu mati ditambatan tuannya.
Malahan saban tahun lembu dijadikan korban karena cukup gemuknya, cukup beratnya, cukup umurnya dan lembu itu cukup anggotanya. Karena apa, karena telah dijaga oleh tuannya dengan sempurna tanpa diminta.
Lembu dicucuk hidung tidak perlu memberitahu tuan dia yang dia nak makan. Lembu dicucuk hidung tidak perlu memberitahu tuannya yang dia hendak itu dan hendak ini, tetapi lihatlah, kebanyakan lembu cukup makannya walaupun tidak pernah meminta dari tuannya. Tuannya tahu untuk mengaturkan hidup lembu jika benar benar lembu itu berserah diri kepada tuannya. Lembu tidak dibiarkan kelaparan, tidak dibiarkan kesejukan, tidak dibiarkan sakit, tidak dibiarkan kehausan, tidak dibiarkan merayau rayau tidak tentu hala, malahan dikawal, dijaga, diawasi oleh tuannya dengan rapi tanpa perlu lembu itu meminta minta....Allah... Allah... Allah...
Terima kasih Ya Allah..
Aamiin Ya Allah..
ZAINI ZAKARIA.
GROUP: AL HAQQ/WUJUD..


KISAH YG MENARIK!!!
IMAM SYAFIE: ULAMA BERJIWA BESAR
Kita kenal dengan seorang Ulama besar, Imam besar, tokoh besar. dialah Imam Muhammad Bin Idris Asy-Syafi'i. Atau yang kita kenal dengan Imam Syafi'i.
Suatu ketika ada seseorang yang bernama Yunus bin Abdil A'la (salah satu murid Imam Syafi'i) yang berbeza pendapat dengan Imam Syafi'i dalam satu permasalahan di saat beliau sedang mengajar di masjid.
Kemudian berdirilah Yunus sambil marah dan meninggalkan pengajian lalu pulang ke rumahnya.
Malam tiba. Yunus mendengar suara pintu rumahnya diketuk orang.
"Siapa..?" Tanya Yunus.
"Muhamad bin Idris.." Kata yang mengetuk.
"Ini Syafi'i", kata Imam Syafi'i.
Waktu pintu dibuka, Yunus terkejut luar biasa..!
Lantas Imam Syafi'i berkata:
"Hai Yunus, ratusan masalah menyatukan kita, apakah hanya kerana satu masalah kita berpisah..?"
Janganlah engkau berupaya untuk selalu menang dalam setiap perdebatan, krana memenangkan hati lebih utama daripada memenangkan perdebatan!
Jangan kau hancurkan jambatan yang sudah kau bangun dan kau seberangi, kerana boleh jadi jadi engkau memerlukannya untuk kembali di satu hari nanti..!
Upayakan diri engkau untuk membenci kesalahan, bukan membenci pelakunya..!
Marahlah engkau pada maksiat, tapi maafkan pelakunya. Kritiklah pendapat orang, namun tetap hormatilah orang yang mengatakannya.
Tugas kita dalam hidup ini adalah membunuh penyakit, bukan membunuh orang yang sakit..!
Jika orang datang padamu meminta maaf, berilah maaf!
Bila engkau didatangi orang bingung, dengarkanlah luahannya! Jika orang yang datang padamu, berilah ia dari sebahagian apa yang telah Allah berikan padamu. Bila ada yang datang menasihatimu, berterima kasihlah kepadanya...!
Meskipun engkau hanya menuai duri di satu hari, tetaplah kau tanam bunganya dan jangan pernah ragu. Kerana balasan dari Zat yang Maha Kasih dan Maha Dermawan jauh lebih mulia dari pada balasan manusia.
-------------------------------------
Ya Allah,
Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Allah, sungguh Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Semoga bermanfaat.
CnP

No comments:

Post a Comment