Tuesday 16 February 2016

fidyah


Orang melayu dan short cut berpisah tiada.
-0:05
Mohd Syamirulah Rahim to al-fikrah.net
23 June 2013
Rupanya inilah rahsia turun-temurun nenek moyang kita yang menjadi punca kepada pengabaian solat dalam kalangan masyarakat kita.
Setelah seseorang meninggal dunia, maka akan dikira umur jenazah ditolak umur baligh, contohnya meninggal umur 80 - 15 = 65 tahun.
Lalu dibayar fidyah solat sepanjang 65 tahun (1 gantang Baghdad (2.6kg) x 6 kali solat sehari semalam (termasuk solat witir) x 365 hari x 65 tahun = 370, 110 kilogram..
Lalu dimuatkanlah di atas troli ini 15 peket beras 5 kilogram (jumlah 75 kilo), lalu ditolak oleh tok imam merangkap wakil si mati,
"Inilah beras fidyah atas sembahyang yang tergantung si fulan bin si fulan aku bayarkan kepadamu.."
Lalu diterima oleh si penerima, kemudian disedekahkan kembali kepada tok imam wakil si mati,
"Aku terima beras fidyah, dan aku sedekahkan beras fidyah ini kepadamu."
Lalu diulang lah berulangkali tolak-menolak ini, 75kg satu round sebanyak 4,935 round sampai subuh agar cukup 370,110 kilogram fidyah hutang solat si mati....
Agaknya sebab itulah mereka tak suka puak-puak wahabi anti tahlil2 kenduri arwah ni, takut2 bila mereka mati kelak anak2 muda wahabi ni tak mahu bayarkan fidyah solat mereka!
Moga Allah ampunkan kejahilan generasi2 terdahulu serta mengurniakan ilmu dan hikmah kepada generasi2 kita dan seterusnya..
You and Nurul Ilmi like this.

No comments:

Post a Comment