Tuesday, 9 June 2015
Tasawuf
☀BERUSAHA MENELADANI JALAN PARA WALI☀
(Doa Yang Dibaca Pada Ayat 6 Surah Al-Fatihah)
MENGENAL ERTI AYAT 6 SURAH AL-FATIHAH
⊙ Bismillah - Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman :
ﺍﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ
Ayat : 6. Ihdinaas Shiratal Mustaqim
"Tunjukilah kami ke jalan yang Lurus"
(Lalu disambung terus dengan makna ayat : 7)
Bismillah : Hayatilah hadis di bawah ini sebagai inspirasi untuk menjadi umat yang terbaik dikalangan umat islam yang awam atas kerana hanya yang "terbaik" sahaja akan terlepas dari azab di padang masyar yang dipenuhi dengan pelbagai penderitaan azab sebelum melangkah ke syurga atau ke neraka jahanam (nauzubillah'minzalik).
NASIHAT RASULULLAH TENTANG PADANG MASYAR :
عن المِقْدَاد ، رضيَ اللَّه عنه ، قال : سَمِعْتُ رسولَ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ : « تُدْني الشَّمْسُ يَومَ القِيَامَةِ مِنَ الخَلْقِ حتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيل » قَالَ سُلَيمُ بْنُ عَامرٍ الرَّاوي عنْ المِقْدَاد : فَوَاللَّهِ مَا أَدْرِي ما يَعْني بِالميلِ ، أَمَسَافَةَ الأَرضِ أَمِ المِيل الَّذي تُكْتَحَلُ بِهِ العيْنُ « فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمالِهمْ في العَرَقِ ، فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلى كعْبَيْهِ ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلى رُكْبَتَيْهِ ، ومِنْهُمْ منْ يَكون إِلى حِقْوَيْهِ ومِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ العَرَقُ إِلجاماً » وَأَشَارَ رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم بِيدِهِ إِلى فِيه . رواه مسلم .
® Dari al-Miqdad r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat itu dari makhluk hingga jarak matahari adalah bagaikan kadar semil saja."
® Sulaim bin 'Amir yang meriwayatkan Hadis ini dari al-Miqdad berkata: "Demi Allah, saya sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan kata mil itu, apakah ertinya itu jarak semil bumi ataukah mil yang ertinya alat untuk mengambil celak - dari tempatnya - guna celak mata."
® Rasulullah s.a.w. bersabda seterusnya: "Maka keadaan manusia pada hari itu adalah menurut kadar masing-masing amalannya dalam banyak sedikitnya peluh yang keluar dari badannya. Di antara mereka ada yang peluhnya sampai di kedua tumitnya, ada yang sampai di kedua lututnya dan ada yang sampai di tempat pengikat sarungnya, bahkan di antaranya ada yang sampai masuk ke mulut dan kedua telinganya. Rasulullah s.a.w. menunjuk dengan tangannya ke arah mulutnya." (Riwayat Muslim)
Dari hadis yang di baca di atas ini, rupanya kita tidak punya banyak "Pilihan", sama ada berusaha menjadi "Umat Yang Terbaik" yang menghampiri maqam para Wali-Wali (*ringan dan terhindar dari penderitaan di padang masyar) ... atau jika tidak mahu menjadi umat yang"Terbaik"(ayat 6 pada surah al-fatihah), maka akan menerima azab sengsara yang sangat perit dan panjang waktunya akan kita hadapinya, hingga ada orang kafir yang tidak sanggup kebosanan dengan penderitaan di padang masyar tersebut, lalu mereka meminta kepada Allah SWT agar segera dicampakkan mereka ke neraka jahanam atas kerana terlalu lama dan deritanya di padang masyar. Ia sangat sengsara dan mengerikan bagi orang-orang yang tidak tergolong seperti pada ayat 6 di atas.
⊙ Salah satu penderitaan di padang masyar seperti yang Rasulullah SAW nyatakan pada hadis berikut di atas ini. Cuma satu hal yang perlu kita ketahui, berita yang sangat mendukacitakan! Bahawa di padang masyar nanti, Allah SWT tidak lagi MENJADI SAHABAT KARIBMU seperti di dunia ini yang mana di dunia ini, jika kamu bersedih maka Allah SWT lah "Sahabat Karibmu" tempat kamu mengadu nasib dan tempat mengharapkan sebarang pertolongan, tetapi di padang masyar nanti, Allah SWT akan meninggalkanmu "sabatang-kara" SENDIRIAN, Kecuali kamu kamu berusaha menjadi UMAT YANG TERBAIK di dunia ini, maka diri kamu akan mendapat "Keistimewaan" di sisi Allah SWT!
⊙ Jika kamu Insan Terbaik di bumi ini, maka Malaikat azab malu memandang wajahmu! Cahaya matahari di padang masyar MALU MEMANCARKAN CAHAYA AZAB KEPANASANNYA KETUBUHMU atas kerana Matahari tersebut TAKUT untuk menyiksa para "KEKASIH-KEKASIH ALLAH" iaitu INSAN-INSAN TERBAIK semasa di dunia dahulu ("Sekarang").
⊙ Kamu belum mati (Syukur) Maka "KAMU" masih punya waktu dan kesempatan untuk menjadi INSAN TERBAIK yang dimaksudkan - iaitu meneladani jalan-jalan para Kekasih Allah ; Wali-Wali-Nya yang mendapat keselamatan Allah SWT. Jika tidak mahu, maka kecelakaan yang sangat besar sedang menanti "di hadapanmu" ..🔥☀🔥
⊙ HADIS TENTANG PADANG MASYAR (ULANG) :
® Dari al-Miqdad r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat itu dari makhluk hingga jarak matahari adalah bagaikan kadar semil saja."
® Sulaim bin 'Amir yang meriwayatkan Hadis ini dari al-Miqdad berkata: "Demi Allah, saya sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan kata mil itu, apakah ertinya itu jarak semil bumi ataukah mil yang ertinya alat untuk mengambil celak - dari tempatnya - guna celak mata."
® Rasulullah s.a.w. bersabda seterusnya: "Maka keadaan manusia pada hari itu adalah menurut kadar masing-masing amalannya dalam banyak sedikitnya peluh yang keluar dari badannya. Di antara mereka ada yang peluhnya sampai di kedua tumitnya, ada yang sampai di kedua lututnya dan ada yang sampai di tempat pengikat sarungnya, bahkan di antaranya ada yang sampai masuk ke mulut dan kedua telinganya. Rasulullah s.a.w. menunjuk dengan tangannya ke arah mulutnya." (Riwayat Muslim)
⊙ Note : *Peluh sampai masuk kemulut adalah di maksudkan adalah LEMAS nafas mereka ditenggelami peluh, atas kerana nafas pinjaman Allah pada saat di dunia ini tidak kita isikan dengan "Zikirullah", nafas yang dibazirkan di ataa dunia ini. Para ahlul zikir di dunia yang sentiasa berzikir, bertahmid & selawat (*pengharapan syafaat Rasulullah di masyar kelak), maka di padang masyar nanti mereka akan tetap berzikir seperti mana di dunia, di dalam kubur dan di syurga nanti, zikir di lidahnya akan berkekalan selamanya. Mudahan atas kerana amalan tersebut Allah SWT akan memelihara mereka dari kelemasan & kepanasan matahari seperti hadis di atas. Itulah golongan para Wali-Wali.
⊙ Hanya Rasulullah, Para Sahabat, dan Wali-Wali Allah sahaja yang mendapat "Naungan Istimewa" di padang masyar. Akan tetapi NASIB kamu dan saya pada saat itu, entah bagaimana?
⊙ Tidakkah kamu "berasa cemburu" dengan "Naungan Istimewa" itu?? Gambarkanlah KAMU DI PADANG MASYAR PADA SAAT INI?
⊙ *Lihatlah kepanasan matahari di luar rumahmu pada saat ini, sanggup kah berpanas berjuta-juta tahun tampa mengenal "sejuk"? Tidakkah kamu ingin "Bernaung" di bawah naungan sejuk itu pada saat umat muslim "awam" tersiksa dan menderita azab?
⊙ Maka kamu TIADA BANYAK PILIHAN! Maka pada kesempatan yang masih "tersisa" ini, kamu HARUS MENCARI JALAN untuk menjadi INSAN TERBAIK yang mendapat keselamatan dan "Naungan Masyar" .. Ingatlah pesanan ini, berdoalah dengan penuh "harapan" pada Ramadan yang hampir mendatang ini :
☆ "Ya Allah, jadikanlah aku INSAN TERBAIK dikalangan para hambamu yang "awam" yang akan mendapat celaka & kebinasaan azab-Mu! Ya Allah, aku inginkan keselamatan-Mu, dengan RAHMAT-MU, tinggikanlah maqam keimananku, maqam amal solehku, maqam ibadah hatiku dan tinggikan lah maqam amal pada 7 pancainderaku, agar menyamai dengan maqam para Kekasih-Kekasihmu, dan TUNJUKILAH AKU "JALAN-JALAN MERAKA" yang telah "Sampai" ke maqam kesempurnaan Iman hingga membuatkan aku Mencintai Engkau dan Engkaupun Mencintai akan daku! Sesungguhnya Engkaulah Allah, Tuhan yang Maha Mendengar! Jadikanlah aku yang Terbaik dikalangan yang Terbaik para Kekasih-Mu! Aamiin.
⊙ "Jika Tampa "Niat" Untuk Berubah, Maka Maqam "Awammu" Akan Kekal Hingga Sampai Ajal. Setelah Adanya Niat, Perlu Disertai Azam dan "Usaha" Kearahnya (amal soleh zahir dan batin).
☆ Amal Tampa Niat Adalah Sia-Sia...
☆ Niat Tampa Usaha Adalah Sia-Sia..
☆ Ilmu Tampa Amal Adalah Sia-Sia...
☆ Amal Beserta Riak Adalah Sia-Sia...
☆ Amal "Beserta Allah" di dalam setiap amal soleh,
ia adalah tanda-tanda kebahagiaan dan keselamatan.
⊙ KAEDAH MEMATIKAN SIFAT RIYA ATAS AMAL :
® Bukan aku yang bersolat, tetapi "Digerak Oleh-Nya" aku untuk bersolat.
® Bukan aku yang bersedekah, tetapi "Digerak Oleh-Nya" aku untuk bersedekah.
® Bukan aku yang berzikir, tetapi "Digerak Oleh-Nya" aku untuk berzikir.
® Bukan aku yang mengerjakan ibadah sunat, tetapi "Digerak Oleh-Nya aku untuk mengerjakannya.
® Bukan aku yang mengerjakan haji, tetapi "Digerak Oleh-Nya untuk aku berhaji ..
® Bukan aku yang membantu sesama muslim, tetapi "Digerak Oleh-Nya" aku untuk membantu.. dll
⊙ Merendah diri atas setiap amal soleh yang dikerjakan itu adalah "pakaian asas" qalbi para Wali-Wali Allah. Dan setiap amal soleh yang mereka kerjakan itu (Wali) tidak menyebabkan pada hati mereka merasai "amal soleh" tersebut menyebabkan "diri" dirasai "lebih tinggi"(maqam) dari insan "awam" yang kurang amalnya dari diri mereka sendiri. Inilah rahsia tawaduknya para Wali-Wali.
⊙ Walaupun Amal solehnya tinggi dan banyak tetapi pada sukma hati tetap kekal "tidak pernah" merasai "lebih tinggi" dan "lebih mulia" dari "insan awam" yang kurang amalnya dari diri mereka sendiri (*hati insan awam memang suka "mengukur & menyukat" sifatnya, darinya terbit sifat meninggi diri. Tetapi amalan hati para Wali-Wali Allah itu berlawanan dengan sifat hatinya golongan awam yang suka menyukat para makhluk Allah dengan diri mereka sendiri.
⊙ Kesannya dari rahsia "amalan hati" tersebut akan menyebabkan "mereka" tidak pernah mencela hina dengan hati kepada orang-orang yang bermaqam 'awam' atas kerana "mereka" tetap selalu merasa "hina diri" lebih rendah dari insan awam yang berada di bawah "maqam" mereka.
⊙ Sifat mazmumah ; mengumpat mencela menghina yang terzahir pada lidah ataupun yang "tersembunyi" di dalam hati, ia berpunca atas kerana masih adanya sifat-sifat "meninggi diri" di atas insan awam (* Ia penyakit hati kebanyakan para ahli abid yang taat, tapi mereka tidak menyedari "virus" hati ini).
⊙ Atas kerana itulah pentingnya meneladani jalan-jalan "Akhlak" generasi Silam (Wali-Wali Salafuasoleh) agar keselamatan silam akan bersamamu seperti mana "selamatnya" para mereka dari tipudaya Iblis yang selalu mempermainkan hati.
⊙ Azazil itu asalnya jauh Lebih HEBAT ibadahnya dibandingkan dengan ibadahnya dirimu. Tetapi oleh kerana ia Tidak Menyedari "Sifat-Sifat TERCELA" yang mula bersarang pada hatinya (Hati Azazil tiada "anti Virus Tasawuf - Atas kerana itu dirinya Tercela), maka Amal soleh dan IBADAHNYA AZAZIL, tidak mampu menyelamatkan dirinya dari azab dan tipudaya Allah SWT yang diuji-Nya pada setiap para hamba-hamba-Nya.
⊙ Maka dari peristiwa inilah kita dapat mengetahui betapa pentingnya AMALAN HATI berbanding IBADAH. Ibadah tampa ilmu, maka sia-sia bagaikan pohon tampa buah. Ilmu tampa ibadah juga sia-sia. Maka amalan hati dan ibadah perlu segandingan seiring.
⊙ Azazil tercela atas kerana Amal Ibadahnya tidak beserta dengan amalan hati(Akhlak Tasawuf di qalbu). Maka peristiwa Azazil itu menjadi "pedoman" terbaik buat dirimu. Dia dilaknat atas kerana "dosa kecilnya", dia memandang Hina Kepada Adam, dia merasa dirinya LEBIH MULIA DARI ADAM YANG DIPANDANGNYA LEBIH HINA DARI DIRINYA.
⊙ Tetapi betapa ramai umat muslim hari ini (golongan alim ulama, abid soleh) yang memandang HINA,RENDAH dan KEJI kepada golongan "awam" yang hina pada mata masyarakat? Pelacur? Khunsa/nyah? Ahli maksiat?
⊙ Demi Allah, sejak daku mengenal "ilmu Allah" ini (tasawuf) aku tidak lagi pernah memandang rendah dan hina pada golongan ini (*aku tidak suka 'pekerjaan mereka, tetapi itu bukan suatu "alasan" untuk aku membenci mereka lalu memandang hina kepada mereka, dan "merasai" bahawa akulah lebih baik lebih alim, lebih soleh dari mereka itu! Demi Allah, tidaklah aku "bersikap" seperti itu setelah aku mengenal ilmu Tasawuf ini) ...
⊙ Tetapi aku mengkaji dan berbicara dengan "mereka" dimana silapnya hingga mereka "jadi begitu"? ... Rupanya mereka jadi sebegitu atas kerana golongan para "alim soleh" dan "abid" telah "meninggalkan" mereka(dakwah), dibiarkan mereka merosak tampa ada yang mahu "membaiki" mereka, mereka dibiarkan bagai kapal tampa nakhoda (*panduan orang-orang soleh yang sudi membimbing mereka kepada cahaya agama Allah) ...
⊙ Ia berpunca atas kerana golongan para alim ulama pada hari ini telah menjadi golongan "Azazil-Azazil" pada akhir zaman ... Mereka memandang "hina" pada golongan awam yang lemah terhina ini sebagaimana Azazil memandang "hina" kepada "kerendahan" Adam dari tanah yang hina. Adakah ini sifatnya alim ulama bermaqam "Wali-Wali Allah" di akhir zaman? Bagaimanakah seorang "alim ulama" itu mampu untuk "berdakwah" menasihati kepada seorang pelacur atas dosa-dosa mereka, padahal pada diri mereka para alim ulama itu "masih" perlu dinasihati? (*Para alim ulama yang hatinya masih mewarisi sifat-sifat Azazil yang memandang rendah pada kehinaan Adam dari tanah hitam yang hina).
⊙ Maka apa bezanya sifat Azazil dan sifat "segelintir" golongan para alim ulama yang memandang hina kepada golongan "lemah" yang dinyatakan di atas? Bilamana adanya sifat memandang hina sesama makhluk Allah, maka timbullah sifat memandang jijik lalu tidak mahu mendekati golongan yang perlu dibimbing ini? Jadi, adakah agama islam itu dan "dakwah" itu hanya harus di sampaikan kepada golongan alim yang "dianggap mulia" sahaja? Bagai mana dakwah kepada seorang pelacur? GRO? Peminum arak? Adik adik bohsia? Golongan kafir bukan muslim?
⊙ Siapakah yang akan menasihati mereka jika para alim ulama pada hari ini menjadi alim ulama yang meninggalkan "amanah" dakwah atas golongan yang perlu bimbingan iman ini? Berapa ramai lagi bumi ini akan melahirkan para alim ulama yang bersifat Azazil-Azazil moden di zaman ini?
⊙ Inilah rahsia "ilmu tasawuf" para Wali-Wali silam, suatu "PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI", suatu ilmu-Nya yang "tidak dipunyai" oleh Azazil (abid) dan golongan "Azazil-Azazil" (alim) di dalam kalangan umat islam pada akhir zaman ini. :-) ...
⊙ Ilmu ini telah HILANG dari hati umat islam pada hari ini. Ia adalah ilmu yang telah diangkat kembali Allah ke langit dengan matinya para ulama yang "BENAR"(*Pewaris Keilmuan para Wali-Wali Allah Silam). Yang dikatakan Aulia itu, mereka yang turun "berdakwah" ke segala tempat-tempat yang dipenuhi oleh golongan-golongan pendosa yang tiada panduan dan "penunjuk Cahaya" ..
⊙ Atas kerana itu Rasulullah bersabda : "Sejahat-jahat umat pada akhir zaman adalah para golongan alim Ulama (*yang diangkat dikalangan orang orang jahil)." Dipanggil ulama, tetapi tidak menjalankan amanah berdakwah ke segenap umat (dakwah pilih kasih). Para sahabat turun berdakwah dalam masyarakat kafir yang penuh kemaksiatan - itulah Wali Wali Allah yang dikatakan Ulama akhirat sebenar.
⊙ Beruntinglah pada sesiapa yang "menemuinya" kembali ilmu silam ini lalu diamalkan pada diri lalu dijadikan sebagai "perisai hati" dari sfat-sifat Tercela yang Tersembunyi sifatnya disebalik qalbu hati yang terdalam. Ilmu perisai hati agar tidak memandang hina kepada sesama makhluk Allah sebagaimana yang berlaku pada Azazil laknatullah. Ibadahnya bagus tetapi amalan hatinya merosak hingga dirinya binasa.
⊙ ... Ia adalah Kunci IKLAS pada amal soleh. Amal soleh akan menjadi tercela bilamana riak menghiasinya - Riak meninggi diri (tersembunyi) atas insan-insan makhluk rendah. Ria pada amal mematikan "Iklas" dalam setiap amal soleh yang dikerjakan. Wallahu'alam.
⊙☆dengan-Nya aku menulis sekadar meraih belas ehsan, redha dan Rahmat-Nya, moga aku menjadi insan "terbaik" di kalangan yang terbaik buat perlepasan azab-Nya pada tubuhku yang maha lemah akan segala azab-Nya yang maha hebat! - aamiin ya Alloh) ®➰🌟🔱🌟➰©™
"JALAN JALAN PARA WALI-WALI ALLAH"
AYAT : 6 SURAH AL-FATIHAH (JALAN WALI)
AYAT 6 SURAH AL-FATIHAH ITU MEMBAWA ERTI BERMOHON KEPADA ALLAH AGAR "MENUNJUKKAN" JALAN-JALAN PARA AULIA YANG TELAH MENDAPAT NIKMAT PERLINDUNGAN-NYA :
"JALAN KESELAMATAN" PENIRU JALAN NABI.
KITA TIDAK AKAN MENGENAL JALAN PARA NABI, KECUALI MENGIKUT MENELADANI JALAN SUFI MENUJU JALAN KEWALIAN. BUKAN MAQAM AULIA YANG "DIKEJARKAN", TAPI "REDHA-NYA" HANYA BERTEMPAT PADA MAQAM KEWALIAN TERSEBUT -
MAKA JATUH "WAJIB" MENCARI JALAN "SAMPAI".
⊙"ILMU ALLAH MELARUT DI DALAM ILMU SUFI"⊙
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment