Monday, 8 June 2015
Tasawuf
Bersabarlah, sesungguhnya Allah ada sertamu. Allah tidak akan mensia-siakan cintamu kepadaNya, Allah menunggumu diakhirat dengan hamparan keridhaanNya, gembiralah kerana engkau dicintai Allah walaupun dibenci oleh seluruh makhlukNya!
Selain Allah jangan menggangguku, aku sedang berpuasa!
Puasa makrifat iaitu menahan akal daripada sesuatu selain Allah!
بسم الله الر حمن الر حيم
“Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.
(An Nur : 52)
“Maka janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”
(Al- Imran : 175)
Sebelum engkau terjatuh kepada maksiat, maka takutlah kepada kemurkaan Allah!
Selepas engkau terjatuh kepada maksiat, maka haraplah keampunan Allah!
Khauf dan raja' itu ibarat dua sayap burung, dengan khauf dan raja' seseorang itu akan bertambah dekat kepada Allah!
jalan sampai kepda ALLAH tu adalah dari mujahadah yg bersungguh dan pengharapan yg tinggi kepda ALLAH serta keikhlasan yg murni dari rse keinginan yg tinggi utk mendekatkan diri kepada ALLAH...
mencapai kedudukan yg tinggi adalah dari zikir yg berkekalan,asyik dan mabuk dengn tuhn sekalian alam,patuh dan tunduk pada semua arahan dan tawadduk serta khudhuk (merendah diri ) di dalam perjalanan.
kasyikkan hati dan berasa manis,lazat bersama dengn ALLAH tidak akan tercapai dari hati yg lalai dan malas meningati ALLAH pada setiap masa dan tempat.selama mana kamu meletakkan matlamat kamu di atas muka bumi ni utk mngejar ALLAH,selama tu ALLAH akan terus mngajar kamu jalan utk menuju kepdaNYA...
Bercintalah dengan Allah dalam nafasmu. Rindulah Allah dalam Tahajjudmu.
Apabila hatimu merasakan mabuknya cinta Allah, maka akan hilanglah dunia dan akhirat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment