Aku punya aku tidak sepertimu kerna kamu seperti aku dan aku sepertimu.. Didalam kamu itu aku.. Didalam aku itu kamu.. Kerna aku itu sifat yang mencerminkan aku sebenar yang menciptkan aku kerna "ANA ALLAH" !!
Istiqamah itu terlebih baik daripada seribu kekeramatan iaitu zahirmu didalam ketaatan kepada Allah dan batinmu berhadap kepada Allah!
Cinta kepada Allah mengajarmu untuk tunduk- patuh kepadaNya zahir dan batin.
Orang yg tenggelam didalam kecintaan tidak menghiraukan lagi ujian daripada yg dicintainya!
Tanya kepada orang wasil yg khatam zikir dan ada akuan daripada Allah yg layak jadi Mursyid Thariqat.
Mursyid yg sebenar dilantik oleh Allah melalui ilham Ketuhanan dan Wali mengetahui dia adalah Wali kerana Kewalian itu adalah perlantikan daripada Allah juga.
Mursyid pengasas Thariqat itu dilantik oleh Allah, penggantinya kemungkinanan Wasil yg dilantik oleh Mursyidnya dan mungkin pengganti yg kemudiannya itu tidak Wasil lagi.
Maka kemudian Allah majzubkan seseorang yg lain untuk menjadi Mursyid Thariqat yg baharu yg Wasil.
Sebab itulah mati seorang Nabi maka Allah lantik Nabi yg baharu, bukan Nabi yg melantik Nabi.
Fahamilah wahai saudaraku jikalau engkau diberi faham oleh Allah dan semoga Allah memimpinmu kepada jalanNya yg sebenar.
- Wassalam
Mursyid yg hakiki itu dilantik oleh Allah bukan dilantik oleh gurunya!
Jangan engkau bataskan Allah dengan sanad dan ilmumu! Fitnah akhir zaman golongan Thariqat adalah apabila terputusnya Mursyid yg Wasil!
Mursyid yg Wasil adalah orang yg mengikut zahir dan batin perjalanan Nabi Muhammad S.A.W!
Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemilik sekalian alam. Semoga Allah membukakan cahaya Hakikat TauhidNya kepadamu dan kepadaku sehingga engkau dan aku tidak melihat sesuatu selain Allah!
- BUTA SELAIN ALLAH!
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ وسلم
No comments:
Post a Comment