Wednesday, 10 June 2015

Tasawuf


mengaji ilmu wajib,klo tidak mengaji ilmu,tidak dapat mengenal jalan utk menuju ALLAH...cuma jgn kita terhijab dengn ALLAH daripda ilmu yg banyk sehingga merasa bangga dengn ilmu dan tidak melihat ALLAH yg MENGURNIAKAN ilmu itu pda kita...jgn kita merasa ilmu tu datg dari kekuatan dan daya kita semata2,tapi kene pandg ALLAH yg telah memilih kita dan memberikan ilmu tu kepda kita utk kita mngenaliNYA.,.,ni baru tak terhijab bila memndg ALLAH yg memberi.

apabila ALLAH ingin memberikan kurnianNYA di kalangn hambaNYA,ALLAH akan memilih dengn kehendakNYA tidak tertakluk pda ilmu yg banyk dan sedikit,ada org ilmu sedikit,tapi mendapt kurnian ALLAH dan ada org ilmu banyk dan alim tapi tidak mendapt kurniaan ALLAH

tapi perlu di fahami dengn baik,apabila ALLAH memilih seseorg,ALLAH akan jadikan dirinya berilmu dan semakin mendalami agama dan memahaminya sekiranya dia dari kalangn yg kurg berilmu dan sekiranya mmg dia sudah berilmu,ALLAH akan buka pintu hatinya utk memndg ilmu tu adalah kurnian ALLAH kepdanya dan ALLAH memberi kekuatan padanya utk mngamal ilmu tersebut.

mana mgkin seorg tu sampai kepda ALLAH dalam keadaan dia tidak ada ilmu dan jahil...kekasih ALLAH tu akan disempurnakan ALLAH syariat lahir batinnya...bargsiapa yg mendakwa telah mendapat ALLAH sedgkan ALLAH tidak membawanya utk memahami agama ALLAH,maka dia tertipu...kerana dengn ilmu lah dia mengenal halal dan haram,dosa dan pahala,redo dan murka,bahaya dan selamat zohir dan batinnya.

berdasarkan apa yg disabdakan oleh nabi...barangsiapa yg dikehendaki oleh ALLAH utk mendapat kebaikn di dunia dan akhirat,nescaya ALLAH akan buat dia faham tntg agamaNYA....ni tanda org yg dipilh oleh ALLAH


Syaikh Sahal berkata: “Harumnya keyakinan, tidak akan
dicium oleh orang yang berpegang kepada selain Allah.”


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَ الَّذينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجاتٍ
"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat "

Kesudahan makrifat itu tiada lagi makrifat didalam keagungan Hadirat Kekuasaan Allah Azza Wajalla!

Apa yang kita mahu kena muafakat dengan apa Allah yg kehendaki.. hendaklah menyerah kpd kehendak Allah dan jgn sekali 2 menentang kehendak Allah meskipun Dia merampas harga diri harta dan semuanya


maksiat tu tanda kamu dilepaskan dan ditinggalkn oleh ALLAH,taat tu tanda kamu dalam jagaanNYA dan perlindungnNYA...sentiasalah bergantung kepda ALLAH agar kamu sntiasa di dalam ikatanNYA...siapa yg hatinya tidak sntiasa bergntung harap pda ALLAH,maka akan putus lah tali hubungnnya dengn ALLAH ibarat layang2 yg putus talinya dari tuannya,layang2 tu akan terumbg ambing tanpa pentadbiran dari tuannya lagi.,.,ikatlah ikatan tali dengn ALLAH dengn sntiasa bergntung harap dan mnyerah diri kepdaNYA

kamu berjaya melakukan ketaatn adalah semata2 rahmatNYA begitu juga di dalam meninggalakn maksiat kepdaNYA..

lepaskan segala sesuatu selain ALLAH daripada dirimu sehingga kmu berasa benar2 lemah dan tiada daya serta bersrah la padaNYA,insyaALLAH kamu akan dibantuNYA dan berjaya dalam perjuanganmu

No comments:

Post a Comment