Thursday, 11 June 2015

Ilmu


Hadis Rasul SAW Yang Dikatakan Gambaran Kemunculan ISI/IS/Da'eash

حدثنا الوليد ورشدين عن ابن لهيعة عن أبي قبيل عن أبي رومان عن علي بن أبي طالب رضى الله عنه قال: إذا رأيتم الرايات السود فالزموا الأرض فلا تحركوا ايديكم ولا أرجلكم، ثم يظهر قوم ضعفاء لا يؤبه لهم، قلوبهم كزبر الحديد، هم أصحاب الدولة، لا يفون بعهد ولا ميثاق، يدعون إلى الحق وليسوا من أهله، أسماؤهم الكنى ونسبتهم القرى، وشعورهم مرخاة كشعور النساء، حتى يختلفوا فيما بينهم، ثم يؤتي الله الحق من يشاء]ا.هـ.

Dpd Ali bin Abi Talib ra katanya : Apabila kamu melihat bendera hitam maka tetaplah kamu di tanah (tempat kamu berada) dan jangan menggerakkan tangan dan kaki kamu, kemudian akan muncul satu kaum yg lemah yang TIDAK dihiraukan Kpd mereka, HATI mereka keras seperti besi, mereka adalah tuan/penduduk/Ahli daulah, mereka tidak pernah menunaikan janji, mereka menyeru kepada kebenaran dan mereka BUKAN ahlinya (kebenaran), nama mereka dalam bentuk gelaran Kuniah (gelaran Abu + nama anak), dan dinasabkan Kpd nama kampung mereka, rambut mereka panjang seperti rambut perempuan, sehinggalah mereka akan berselisih (mungkin perang?) sesama mereka, kemudian Allah swt akan berikan kebenaran kepada sesiapa yg Dia kehendaki.

Ulasan
Ramai ulama terkini telah menghuraikan hadis ini. Mereka menasabkan Hadis Ini kpd Islamic State (IS). Terdapat Kesamaan ciri dalam hadis ini DGN ciri2 IS. Antaranya:-
(1) mereka guna Kun'yah (Abu) untuk nama mereka. Contoh Abu Bakar (pemimpin terming gi IS), Abu Aishah (pejuang IS asal dr Malaysia) dll.
(2) mereka nasabkan nama mereka kpd kampung mereka.Cth Abu Bakar Al Baghdadi ( asal dr Baghdad).
(3) rambut mereka panjang seperti wanita. Kebanyakan pejuang IS mereka berambut panjang.
(4) penduduk daulah - mereka mendakwa berjuang untuk tegakkan Daulah Islamiah.

ciri2 lain:
- berhati keras. Membunuh tanpa belas kasihan.
- tidak menunaikan janji.

Rasulullah saw menyuruh kita berbuat perkara berikut jika bertemu puak ini.
(1) tetap di tempat kita berada.
(2) jangan buat apa2.
(3) jangan terpedaya dgn mereka.

Selepas ini mereka akan berselisihan sesama mereka. Kemungkinan maksud baginda ialah mereka akan berperang dan berbunuh-bunuhan sesama mereka.

Perlu dinyatakan di sini bahawa taraf hadis ini adalah Dhoif. Walaupn begitu ia boleh diambil IKTIBAR kerana BUKAN berkaitan Aqidah dan ibadah.

Antara ulama yg menghurai hadis ini ialah :
(1) Shiekh Hasan Farhan AlMaliki ( http://almaliky.org/news.php?action=view&id=793 ) telah menghuraikan hadis ini dan menyatakan ia sahih berkaitan IS.
(2) Shiekh Ahmad Karimah - ulama Universiti Al Azhar.
Dll.

Nota oleh
Ustaz Azhari Hamzah.
TAZKIRAH HABIB ALI ZAENAL ABIDEN AL-HAMID
(Tentang golongan menafsir firman Allah tampa ilmu)

"Kalau orang memutar belitkan dengan lidah berkenaan masalah masalah keduniaan maka dia akan dipertanggungjawabkan dalam hal keduniaan...

TAPI,

Bilamana orang itu memutar belitkan dalam hal Agama, mentafsirkan bukan dengan sesuai maksud Allah,
mengunakan Ayat untuk meraihkan kepentingan keperibadi seperti yang sekarang kita lihat.......

Bagaimana Ayat-Ayat Allah S.W.T.
Dipergunakan oleh mulut-mulut dan lidah  yang memutarkan belit makna daripada ayat Al-Quran sehingga berlaku pembunuhan disana dan disini,

kononnye yang
disana  "ALLAHU AKBARRRR!!!"
disini pun "ALLAHU AKBARRR!!!"

semua mempermainkan tentang ayat ayat Allah S.W.T bukan kepada apa yang dimaksudkan Allah S.W.T

Mengunakan firman Allah S.W.T.
"Wahai seorang Nabi, perangilah orang kafir dan tegaslah kamu kepada mereka"
Ini perintah daripada Allah S.W.T.

ADAKAH SETIAP ORANG KAFIR KITA BUNUH???

dengan dasar kita berpegang dengan Ayat ayat Allah S.W.T..

ini adalah orang yang mempermainkan ayat Allah S.W.T. dan sudah pernah ada dizaman Rasulullah SAW..
orang yg memutar belitkan ayat Allah melalui lisan mereka yang memerangi Sayyidina Abu Bakar As Siddiq, mereka mengatakan:-
"kami tidak mahu mengeluarkan zakat..."

"kenape tidak mahu mengeluarkan zakat?? zakat itu wajib!"

"Ya, zakat wajib hanya dizaman Rasulullah sahaja, maka setelah Rasulullah S.A.W wafat tidak ada lagi kewajipan..."

lalu mereka berkata mengunakan Al Quran.

"Ambil lah wahai Muhammad Rasulullah S.A.W. daripada Harta mereka yakni Harta zakat yang dapat mensucikan mereka dan membersihkan kepada mereka dan doakan kepada mereka"
"Allah suruh Nabi ambil dan suruh Nabi berdoa bukan Sayyidina Abu Bakar, jadi tak wajib kita mengeluarkan zakat"...

bukankah dia mengunakan ayat Nul Karim???... YA! DIA GUNA!...

zaman kita sekarang pun ramai yang mengunakan Al-Quran dan Hadith untuk mensyirikan si fulan, mengkafirkan si fulan, menuduh si fulan dengan Al Quran dan Hadith yang difahami oleh mereka dan menghukum orang lain dengan ikut ape yang mereka paham....

PERANGAI ORANG YAHUDI SEPERTI INI BERLAKU KEPADA UMAT ISLAM SEKARANG....

#AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL HAMID
(Di ambil dari wasap Malaysia Cinta Rasul)
HUKUM MEMPELAJARI HADIS ADALAH WAJIB
DAN MENAFSIR AYAT AL-QURAN TAMPA ILMU HADIS AKAN MEMBAWA KESESATAN DAN KEROSAKAN AGAMA.

Note : (Respon sikit hal di atas dari artikel tazkirah Habib Ali Zaenal Abidin tentang golongan yang menafsirkan firman Allah dengan akal tapi tampa merujuk ilmu hadis secukupnya)

⊙ Dimana wujudnya golongan yang  menolak mengeluarkan zakat pada zaman saidina Abu Bakar setelah kewafatan Rasulullah SAW dengan berhujah dalil dari ayat firman :

⊙"Ambil lah wahai Muhammad Rasulullah S.A.W. daripada Harta mereka yakni Harta zakat yang dapat mensucikan mereka dan membersihkan kepada mereka dan doakan kepada mereka"

⊙ Kata golongan tersebut : "Allah menyuruh Nabi sahaja ambil dari dari manusia, tapi bukan Allah menyuruh Sayyidina Abu Bakar yang ambil kutip zakat di zamannya, jadi tidak wajib kita mengeluarkan zakat untuk Abu Bakar"...
(MEREKA MENAFSIR AYAT QURAN DENGAN AKAL)

◎✅✅✅✅◎ Bismillah : hukum syariat tidak terbatal selamanya (dunia) sekalipun Rasulullah SAW dah tiada, tetapi Allah SAW "tetap ada" .. maka syariat Al-Quran akan terus tertegak sekalipun jasad Baginda SAW telah bersemadi di dalam tanah.

◎ Syariat agama yang diturunkan dari langit, ia bukan "perintah" dari Allah untuk Muhammad (sahaja), tapi perintah dari Allah dan Muhammad untuk "umat Muhammad" ... walau Rasul dah tiada pada zahirnya, tapi Islam dan hukumnya wajib ada hingga kiamat, tidak terbatal baik zakat & solat dll. Atas kerana adanya ayat dan hadis yg memerintahkan manusia mengeluarkan zakat.

◎ Yang dikata zakat dah termansuh lepas Rasul wafat itu, terjadi bilamana hukum dari ayat-ayat Allah ditafsirkan dengan akal sendiri tampa "merujuk perintah hadis" .. Tafsiran akal tampa panduan nasihat hadis, akan membuahkan kesesatan, sebab akal tidak selalunya benar.
◎ Atas sebab tu mempelajari hadis sama wajib seperti hukumnya mempelajari al Quran. Bukan belajar baca saja, tapi belajar isi-Nya. Rahsia ayat-ayat Allah hanya tersimpan di dalam hadis sahaja, segala "isi batin" ayat-ayat Firman-Nya "tersembunyi" di dalam hadis nabi SAW. Atas sebab hanya Rasul sahaja yang mengetahui rahsia bagi setiap ayat-ayat Allah.

◎ Tapi jika manusia "awam" yang bukan bermaqam nabi, cuba menafsirkan ayat-ayat Allah (tampa ilmu kenabian) dan jahil ilmu hadis pula, itulah yang membuahkan fatwa-fatwa sesat (khususnya puak khawarij), mereka menafsirkan ayat-ayat hukum dengan dalil akal dlm kejahilan .. maka ditafsir al Quran mengikut selera dan kejahilannya.

◎ Contohnya, jika mereka menjumpai ayat firman Allah yang memerintahkan supaya memerangi org kafir, maka dibunuhlah org kafir yang tidak sependapat dengannya, malah dia turut mengkafirkan orang islam sendiri dengan hujah firman yang ditafsirkan dengan akalnya.

◎ .. Padahal ada ayat/hadis yang melarang membunuh/memerangi kafir yang tidak mendatangkan ancaman kepada agama. Tapi kesesatan boleh terjadi bilamana seseorang menafsir ayat-ayat firman Allah dengan tampa dirujuk terlebih dahulu kepada hadis nabi SAW bagi penjelasan dari ayat-ayat yang dibaca..

◎ Atas kerana tu Allah dan Rasulullah memusuhi kejahilan dan kebodohan (tidak menguasai ilmu hadis pada saat memartabatkan ayat-ayat al-Quran), atas sebab ia boleh menyebabkan agama Islam jadi hancur bila ayat-ayat ditafsirkan dengan akal semata(tampa ilmu).

◎ Atas kerana itulah sebelum Rasulullah memerangi orang-orang kafir yang memusuhi Islam, yang pertama sekali Rasulullah SAW lakukan adalah "memerangi" kejahilan dan akhlak yang buruk atas para sahabat dan umat Islam. Buruk akhlak berpunca dari kurangnya ilmu pengetahuan (ilmu akhlak dari hadis).

◎ Baginda mengisi para Sahabat dengan ilmu pengetahuan dahulu secukupnya agar mereka faham segala kehendak agama dari ayat-ayat Allah SWT. Kemudian barulah baginda mengajak para sahabat memerangi kafir yang menentang kebenaran "Ilmu agama Allah" iaitu Islam ...

◎ Para sahabat membunuh orang-orang kafir bukanlah dalam keadaan mereka "jahil" ilmu (main bunuh membuta tuli ja) tapi mereka membunuhnya dengan ilmu  'pengetahuan' dan dengan 'berakhlak' ..

◎ Atas sebab itu adanya para sahabat selepas "diludah kafir" di medan perang, dia TAK JADI bunuh kafir tu. Cuba fikir, sebab apa tak jadi bunuh? mmm ... tak jadi sebab dia "ada ilmu", katanya ; "pada mulanya aku ingin membunuhmu kerana Allah, tapi selepas kamu meludahiku, maka aku jadi marah, aku ingin menbunuhmu kerana 'rasa marahku' tapi "bukan kerana Allah", maka aku membatalkan hasrat tersebut, aku kuatiri membunuhmu atas kerana kehendak syaitan (ammarah).

◎ Dari peristiwa di atas ini kita tahu, bahawa sebelum para sahabat turun ke medan perang, hati dan diri diri para Sahabat "telah" Rasulullah "ISIKAN" dengan "ilmu hadis" selengkap-lengkapnya dan secukup-cukupnya(ilmu tinggi dengan akhlak langit). Mereka bukan Pahlawan Perang yang jahil. Jika mereka jahil, maka syahidnya akan sia sia sahaja sebab tampa ilmu (*macam pejuang ISIS).. membunuh 'bukan kerana Allah', sebab jahil hadis, manafsir ayat-ayat Allah dengan akal semata.

◎ .. itulah agama Islam .. ia adalah sebuah agama yang berteraskan "ilmu pengetahuan", tidak dianggap beragama buat orang-orang yang jahil sekalipun dia mengaku islam. Amal soleh akan rosak terbatal bila penganutnya beribadah tampa kefahaman ilmu.

◎ Dan menafsir al-Quran tampa ilmu (hadis) pun akan membawa kesesatan .. Kerana tu agama islam memuliakan ilmu, atas sebab islam itu bermakna "ilmu jalan keselamatan" .. tiada "keselamatan" buat yang tiada berilmu (petunjuk hadis).

◎ Ilmu al-Quran dan Sunnah (hadis) jalan seiringan. Jika pincang satu, maka tempanglah seseorang muslim tu  beragama dan dipandang rosak dari sisi Allah SWT. Cinta Rasulullah bermakna Cinta kepada Hadis-Hadis baginda.

◎ Maka hadis Nabi SAW harus dibaca setiap hari dan wajib disebarkan kepada yang belum tahu bagi misi dakwah mematikan kejahilan atas umat Islam. Ia tanggungjawab atas setiap umat islam terutamanya para alim ustaz-ustaz.

◎ Jika membiarkan "kejahilan bertebaran", para alim ustaz-ustaz akan menanggung dosa besar dari kejahilan atas kalangan orang "awam" .. Inilah golongan para alim ulama (ustaz-ustaz) yang akan dipersoalkan Allah dengan "hisaban" yang berat di padang masyar. Para Habib dengan berat hati meninggalkan anak isteri tersayang demi menyebarkan ilmu "nasihat-nasihat hadis" sebab mereka tahu, ilmu tu wajib disampaikan, jika tidak, mereka akan ditanya Allah di akhirat atas ilmu yang mereka ketahui.

◎ Jadilah para alim yang "berjasa" pada umat,
Tapi bukan para alim yang membinasakan umat,
Dengan membiarkan mereka kekal dalam 'kejahilan'
.... "AGI IDUP AGI NGELABAN"

⊙Tazkirah subuh⊙ ®➰🌟🔱🌟➰©™

No comments:

Post a Comment