Friday, 10 April 2015

Tarekat


Sufi Allah ialah orang yg telah merdeka hatinya daripada segala sesuatu selain Allah.

Setiap sesuatu ada alat menyuci dan menyuci hati itu dengan zikrullah.

Zikrullah adalah jalan yg terdekat menuju kepada fana selain Allah iaitu mati sebelum mati.

Mengekali menyebut Allah! Allah! didalam hati iaitu salik yg sedang menuju kepada Allah.

Syarat kepada zikrullah itu ialah menetapkan yg fardhu, meninggalkan perkara yg diharamkan oleh Allah dan mengesahkan ilmu fardhu ain.

Zikrullah hati itu tiada batas berjalan, berdiri, duduk, berbaring dan walaupun didalam janabah.

Sucikanlah hatimu itu dengan zikrullah kerana apabila bersih hatimu, maka bersihlah anggota zahirmu.

Salik-lah dengan zikrullah menuju kepada Allah dan carilah pimpinan guru Mursyid yg wasil.

Guru Mursyid yg wasil itu buta dengan selain Allah dan dapat memimpin orang yg buta dengan Allah.

Orang yg buta sama buta akan terpedaya dalam perjalanan.

Wajib mencari guru yg Mursyid untuk berjalan menuju kepada Allah.

Tampa guru Mursyid yg wasil seolah-olah engkau meraba-raba didalam perjalananmu yg amat jauh.

Jangan engkau bergantung kepada sesuatu selain Allah, kerana selain Allah tidak kekal dan akan binasa!

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻭﺣﺒﻴﺒﻨﺎ ﻭﺷﻔﻴﻌﻨﺎ ﻭﺫﺧﺮﻧﺎ ﻭﻣﻮﻻﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻴﻪ ﺃﺟﻤﻌﻴﻦ

No comments:

Post a Comment