Thursday, 16 April 2015
Iman
🔱Bismillah - Tanda-tanda akhir zaman bilamana "amanah" dijadikan "sumber keuntungan" peribadi (Maksud Hadis). Sebagai umat mukmin yang beriman, kita hendaklah bersabar atas "kezaliman pemerintah" ataupun atas apa-apa kejahatan yang mereka telah lakukan. Ketaatan kepada pemimpin muslim adalah hal yang wajib dilaksanakan atas setiap insan yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Namun, kamu wajib melaksanakan "amar ma'ruf & nahi mungkar iaitu "menegur dan melarang" atas segala kejahatan dan kezaliman yang telah mereka (pemerintah) lakukan di dalam pemerintahan mereka. Namun jika kamu tidak mampu menegur mereka secara "lisan" dan "tulisan" atas kerana takut diapa-apakan, maka memadailah menegur dan membenci kejahatan d kezaliman mereka di dalam hati sahaja - ia adalah selemah-lemah iman dalam "berdakwah." Membenci kepada kejahatan di dalam hati itu, ia termasuk juga dalam hal "dakwah" .. iaitu berdakwah kepada diri sendiri @ hati menasihati jasad agar menghindari "hal-hal" yang dibenci di dalam syariat agama. ✨➰🔱➰✨
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment