Friday, 10 April 2015

Bilal


Pada masa Nabi Muhammad SAW, semasa masuk waktu, yang akan mengkumandangkan azan adalah Bilal bin Rabah. Bilal dilantik sebagai Mu'adzin kerana memiliki suara yang indah. Bilal bin Rabah ialah Lelaki berkulit hitam yang berasal dari Afrika mempunyai suara emas. Tempatnya mengkumandangkan azan semasa zaman Nabi Muhammad SAW tidak dapat digantikan oleh siapapun, kecuali ketika perang  atau ketika keluar kota bersama Nabi Muhammad SAW. Ini disebabkan beliau tak pernah berpisah dengan Nabi, walau kemanapun Nabi pergi.

Sehinggalah ketika Nabi Muhammad SAW kembali menemui Allah SWT pada awal 11 Hijrah. Bilal menyatakan beliau tidak akan mengumandangkan azan lagi. Ketika mana Khalifah Abu Bakar RA. memintanya untuk jadi Mu’adzin kembali, dengan hati yang pilu  dan sendu

Bilal berkata: “Biarkan aku jadi muadzin Nabi saja. Nabi telah tiada, maka aku bukan muadzin siapa-siapa lagi.”

Abu Bakar terus meminta Bilal mengkumandangkan azan, dan Bilal pun bertanya: “Dahulu, ketika engkau membebaskanku dari siksaan Umayyah bin Khalaf. Apakah engkau membebaskanku karena dirimu atau karena Allah?.” Abu Bakar Ra. hanya terdiam. “Jika engkau membebaskanku karena dirimu, maka aku bersedia jadi muadzinmu. Tetapi jika engkau dulu membebaskanku karena Allah, maka biarkan aku dengan keputusanku.”

Oleh demikan Abu Bakar RA. pun tidak lagi mendesak Bilal RA. untuk kembali mengumandangkan azan.

Kerana terlalu sedih yang amat sangat kerana kewafatan Nabi Muhammad SAW, dan kesedihan itu yang mendorongnya meninggalkan Kota Madinah, Bilal RA menuju ke Kota Syam, dan kemudian tinggal di Homs, Syria.

Pernah ada suatu ketika, waktu Saidina Umar menjadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Setelah sekian lama Bilal RA. meninggal Kota Madinah, pada suatu malam, beliau bermimpi yang Nabi Muhammad SAW hadir dalam mimpinya:
 “Ya Bilal, wa maa hadzal  jafa’? Hai Bilal, kenapa engkau tak mengunjungiku? Kenapa sampai begini?.”
 Bilal pun terbangun dan terperanjat dengan mimpi tersebut, lalu beliau  segera mempersiapkan diri untuk perjalanan ke  Kota Madinah, untuk menziarahi  Nabi Muhammad SAW. kerana sudah sekian tahun beliau meninggalkan Nabi.

Setibanya di  Kota Madinah, Bilal  rasa sungguh sebak dan terharu kerana terlalu rindukan Nabi Muhammad SAW.  sepertimana  rindunya  seorang kekasih kepada sang kekasihnya.

 Kemudian datang dua orang pemuda yang telah semakin dewasa, mendekati dirinya. Kedua-duanya adalah cucunda Nabi Mohammad SAW, iaitu Hasan dan Husein. maka Bilal yang semakin  beranjak tua memeluk kedua cucu Nabi Muhammad SAW itu. Merah bengkak matanya sambil menangis kerana teringat akan Nabi Muhammad SAW

Salah seorang daripada mereka berkata kepada Bilal RA.:
 “Pakcik, mahukah pakcik mengumandangkan azan buat kami sekali sahaja? Kami ingin mengenang atuk  kami.”
      Ketika itu, Umar Al Khattab yang telah jadi Khalifah juga sedang melihat pertemuan  dan perbualan yang  mengharukan itu, dan beliau juga memohon pada Bilal untuk mengumandangkan azan, walaupun  sekali saja.

Bilal pun memenuhi permintaan itu ini kerana adalah permintaan tersebut daripada cucu-cucu Nabi Muhammad SAW.  Apabila tiba waktu solat, lalu Bilal pun naik ke tempat dimana yang dia biasa berdiri mengunmandankan azan pada masa Nabi Muhammad SAW masih hidup. Lalu Bilal pun mulailah mengumandangkan azan.

Pada saat Bilal melafazkan
 “Allahu Akbar” الله أكبر الله أكبر maka tiba-tiba seluruh Kota Madinah menjadi senyap, segala aktiviti waktu itu terhenti, semua terkejut, kerana terdengar suara yang telah bertahun-tahun hilang, kini muncul kembali suara yang mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW, suara yang begitu dirindukan, dan ia telah kembali.

Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu

Ketika Bilal meneriakkan kata “Asyhadu an laa ilaha illallah”, أشهد أن لا إ له إلا الله  seluruh isi Kota Madinah berlari-lari ke arah suara itu sambil menangis

Apabila saat Bilal mengumandangkan “Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”أشهد أن محمدا رسول الله  Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah dan waktu itu seluruh Kota Madinah diringi oleh tangisan dan ratapan yang sangat memilukan. Semua menangis, teringat masa-masa indah bersama Nabi SAW. Umar Al Khattab yang paling keras tangisannya.

Bilal sendiri pun tidak sanggup meneruskan azannya lagi. Lidahnya tersekat oleh air mata yang berderai. Hari itu, Kota Madinah kembali mengenang masa  dan saat  Nabi Muhammad SAW masih ada

Laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut

Azan yang sangat merdu mengingat penduduk kota madinah kepada Nabi Muhammad SAW tak bisa dirampungkan itu, adalah azan pertama dan juga azan yang terakhir oleh  Bilal RA.

Semenjak dari tarikh kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dia tidak pernah bersedia lagi untuk mengumandangkan azan. Sebab kesedihan yang teramat sangat kerana terkenang seseorang yang kerananya dirinya telah terangkat darjat yang begitu tinggi
Semoga kita pun dapat merasakan nikmatnya Rindu dan Cinta seperti yang Allah karuniakan kepada Sahabat Bilal bin Rabah RA. Aminn

No comments:

Post a Comment