Wednesday 9 October 2013

Makan


MUNIR pergi ke Denmark kerana mengikuti bapanya yang bertugas di sana.
Biarpun sudah dua tahun di sana,dia masih selesa menyuap makanan ke mulutnya dengan tangan sendiri berbanding menggunakan sudu dan garpu.
''Saya rasa lebih baik awak menggunakan sudu ketika makan di restoran seperti ini''.Seorang rakan baiknya memberi kata-kata nasihat.
''Awak pun tahu orang di sini melihat kita makan dengan tangan sebagai sesuatu yang menjijikkan''.
Munir berdiam sahaja.
''Kita kena jaga imej Islam,sebelum mereka menegur,baik saya tegur dahulu.Apa awak hendak jawab nanti?.
''Saya makan bersuap dengan tangan saya sendiri kerana saya yakin dengan kebersihan tangan yang saya jaga.Lagipun saya tidak yakin dengan sudu dan garfu di sini yang sudah banyak kali bertukar mulut!''.Rakannya terdiam....

No comments:

Post a Comment