Saturday 12 October 2013

akhlak

ADA beza antara perlakuan yang baik dan akhlak yang baik....Contohnya,seseorang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain hanya setelah mempertimbangkannya berjam-jam atau berhati-hari.Itu belum tentu boleh dikatakan akhlak yang baik.itu hanya perlakuan yang baik.
Seseorang yang baru sahaja mengamalkan sifat pemurah,belum lagi menjadi seseorang yang betul-betul pemurah dalam erti kata yang sebenarnya jika ia masih diperingkat bermujahadah ketika melakukan kebaikan.
Yang dimaksudkan dengan akhlak pemurah itu hanya apabila dia mengeluarkan bantuan dengan segera,spontan dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk berfikir dan mempertimbangkan perbuatan baiknya itu berdasarkan ilmu yang dipelajari.
Tegasnya....akhlak ialah perbuatan baik yang lahir dari hati,bukan pemikiran.
Akhlak itu penting.Rasulullah SAW telah besabda:'' Sesngguhnya aku diutus untuk memperbaiki akhlak manusia''(Riwayat al-Baihaqi)


MENGIKUT pakar yang mengkaji ayat-ayat al-Quran,80% isinya adalah tentang ajaran akhlak.Tatkala ditanya kepada Rasulullah SAW tentang manusia yang paling sempurna imannya,Rasulullah SAW terus menjawab:''Orang yang terbaik akhlaknya''.(Riwayat Ahmad).
Jadi....iman dan taqwa itu walaupun berada dalam hati,tetapi kesannya terpancar keluar diri dalam bentuk akhlak yang baik.Justeru itu tidak hairanlah jika Rasulullah SAW sendiri dipuji oleh Allah atas dasar ketinggian akhlaknya,walaupun Baginda SAW mempunyai banyak lagi kelebihan-kelebiahn lain.

No comments:

Post a Comment