Wednesday 9 October 2013

Cacat


SEORANG lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat..tiada kaki dan tangan serta cacat penglihatan.Dalam satu perbualan,beliau ditanya dengan satu soalan.''Bagaimana Encik dapat hidup ceria seperti hari ini dalam serba kekurangan?.
''Ini bukan kekurangan atau kecacatan.Ini satu kelebihan.Kenapa?.Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki saya.Dan saya tidak ada peluang memandang perkara yang diharamkan.Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang menyebabkan saya bersangka buruk terhadap mereka''.
''Tapi apa yang Encik ada?''.
''Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah.Dengan mulut inilah juga saya mampu membaca al-quran dan berzikir.......ALHAMDULILLAH....''

No comments:

Post a Comment