Friday 4 October 2013

haji

TELAH diceritakan kepada saya oleh Tuan Guru saya:Berlaku dalam musim haji yang telah lalu.Seorang wanita telah bertanya kepada seorang alim mengenai mimpinya:''Tuan Sheikh,saya telah bermimpi suatu mimpi yang sangat ganjil,bolehkah tuan mentafsirkan mimpi saya?''.
Wanita itu menyambung:''Saya telah bermimpi melihat seorang lelaki sedang tawaf mengelilingi tawaf dalam keadaan telanjang"'.Ulama itu terdiam seketika lantas berkata:''sebenarnya...lelaki yang puan telah lihat itu telah mendapat haji yang mabrur.Dia sedang melakukan tawaf widak sebelum pulang ke tanah airnya.
Saya mentafsirkan begitu adalah bersesuaian dengan sabda Rasulullah saw yang menyatakah bahawa seseorang yang mendapat haji yang mabrur adalah akan pulang sebagaimana hari dia dilahirkan ke dunia.Setiap yang dilahirkan adalah dalam keadaan telanjang.
Puan sampaikankanlah berita gembira ini kepada lelaki ini sekiranya puan mengenalinya.Ini adalah isyarat paling gembira daripada Allah kepadanya.
Lalu wanita itu menjawab secara spontan dengan penuh emosi:''Demi Allah Tuan Sheikh...orang yang saya lihat dalam mimpi itu adalah tuan sendiri''.Tiba-tiba ulama itu tersebut terus sebak dan tidak terkata apa-apa.
Subhanallah.....ada manusia yang beroleh nikmat sehebat ini

No comments:

Post a Comment